BN bukan lagi Barisan Nasional atau barang naik tetapi mempunyai istilah terbaru iaitu 'Bini Najib' kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.
Ujarnya ketika berceramah sempena Majlis Makan Malam di Dewan JKKK Sungai Chenaam, Nibong Tebal semalam, pemerintahan sekarang seolah diterajui sama oleh isteri Perdana Menteri yang dikaitkan dengan gadis Monggolia, Antantuya.
"Dulu kita dengar BN barang naik. Itulah dijaja oleh orang ramai terutamanya ketika hari penamaan calon tapi hari ini satu istilah baru telah dicipta oleh mereka yang mahir menamakan singkatan perkataan iaitu Bini Najib, " terangnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.
Bagi beliau, istilah itu jika dikaji ada kebenaranya apabila Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yu ketika melawat Malaysia bukan sahaja mengadakan pertemuan dengan Najib yang juga Perdana Menteri tetapi mempunyai pertemuan khas dengan isterinya.
Perbuatan itu jelasnya, merupakan tindakan terbaru yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara dan tdak pernah dilakukan olah mana-mana pemimpin negara luar mengadakan pertemuan khas dengan isteri Perdana Menteri secara individu.
"Kalau di kaji ada kebenaranya. Bila Lee Kuan Yu melawat Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Lee juga mengadakan pertemuan dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.
Itu yang menghairankan masyarakat kenapa dan apa motif perjumpaan itu. Lazimnya, pertemuan isteri diadakan berasingan itupun dengan isteri pelawat sahaja, " tegas Mahfuz.
Bukan sahaja timbul kehairanan di kalangan rakyat bahkan di kalangan wartawan yang membuat liputan pertemuan tersebut.
Jika Datin Seri Rosmah mahu membersihkan isu ini beliau perlu menjawab hasil pertemuan itu.
Adakah tindakan Rosmah itu membuktikan bahawa Najib bukan mengemukakan wawasan sendiri malahan mempunyai kaitan dengan isterinya yang cuba campur tangan terhadap pentadbiran negara, katanya.
Dulu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dikaitkan dengan menantunya, Khairy Jamaludin yang sering dilihat masuk campur tentang pentadbiran negara kali ini Najib pula menerima nasib yang sama bukan daripada menantunya sebaliknya 'Bininya'.
Menyentuh mengenai kenyataan Najib kononya slogan '1 Malaysia' berjaya diserapkan ke hati keseluruhan rakyat negara ini beliau menyifatkan, ia hanya mimpi semata-mata mengantikan slogan Islam Hadhari tajaan Tun Abdullah bila mengambil alih pemerintahan pada penghujung tahun 2003 lalu.
Kenapa kerajaan tidak mengambil langkah menetapkan sahaja slogan untuk memajukan negara mengelak daripada diperkenalkan setiap kali pertukaran kepimpinan.
"Kita tengok mana dia Islam Hadhari yang dijaja oleh ulamak Umno dan kepimpinannya semasa era kepimpinan Tun Abdullah. Begitu juga Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir serta Bersih , Cekap dan Amanah yang pernah menjadi trend percakapan orang kuat BN di kedai-kedai kopi, " tambah Mahfuz dalam program anjuran PAS Kawasan Nibong Tebal itu lagi.
Turut berucap pada majlis itu ialah wakil Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang, C. J Ong, Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim dan Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Ustaz Haji Hasan Abdul Razak. Hadir sama ialah Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Haji Abdul Rahman Ramjan dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Helmi Harun.











RAMAINYA ORANG!

2 hari menelan keperitan menahan 'sedapnya perisa anggur' dari Gas Pemedih Mata anjing2 kerajaan malaysia. berjaya juga aku update blog ni. kalau nak rasa sedapnya perisa2 lain, sila ikut demonsrasi selepas ini!apalagi, pihak kerajaan memang akan menyalahkan pihak pembangkan yg memulakan huru-hara melumpuhkan seluruh Kuala Lumpur, sedangkan apa salahnya jika diberi kelulusan dan demonstrasi dibenarkan untuk diadakan seperti yang dibuat di negara2 barat. inilah demokrasi UMNO-BN!berita2 di tv semuanya menuding jari kepada pembangkang yang memulakan demo untuk menuntut keadilan dalam isu ISA. tv-tv tidak mempedulikan keperitan dan kesengsaraan yang dialami oleh keluarga mangsa2 ISA yang dipenjara tanpa boleh dibicarakan di mahkamah Malaysia. sedangkan tv-tv menayangkan kerugian yg dialami peniaga dlm demo kelmarin. apa agaknya perasaan mereka jika ahli keluarga mereka sendiri yang meringkuk di penjara tanpa ada sebab atau tanpa diberi peluang utk membela diri dengan seadilnya?




sebentar tadi pula, berita di tv mencadangkan agar satu perbincangan dilakukan utk kepentingan bersama sedangkan isu ISA ini telah berlarutan hampir 50 tahun lamanya! apa yang hendak dibincangkan lagi jika UMNO-BN terus membuta dan memekakkan telinga selama hampir 50 tahun itu...fikirkan kalau kita masih ada perasaan perikemanusiaan sesama bangsa!apalah sangat yang hendak dipertaruhkan dengan kerugian yang dialami kerajaan Malaysia yg sehingga kini dianggarkan bernilai 200juta hasil dr demo itu...bayangkan perasaan ahli keluarga mangsa2 ISA yang dipenjara sehingga ada yg mencecah 7 tahun lamanya!
negara tidak akan demokrasi jika UMNO-BN terus memerintah Malaysia. dan kenyataan pula dikeluarkan hari ini menyatakan bahawa kerajaan telah membincangkan isu ISA ini sesama mereka dan pembangkan tidak perlu bersusah-payah membuat demo utk menuntut keadilan dlm ISA...'itulah dikatakan sbg kenyataan yang seakan-akan bertiup jika ada angin yang bergoncang'. jika pembangkang tidak membuat demonstrasi, adakah kerajaan akan mengeluarkan kenyataan sedemikian???



Apabila amanah menjadi rebutan


Proses pemilihan pemimpin UMNO akan berlangsung di sana sini. Pelbagai berita yang enak dan tidak enak di dengar menjadi topik utama akhbar akhabr dan media media elektronik. Dewasa ini, amanah dianggap ringan. Yang menjadi agenda utama adalah kejar dahulu tempat tempat setinggi yang boleh, kemudian baru menilai amanah yang dipertanggungjawabkan.
KOTA TINGGI 3 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar mendedahkan, perjalanan mesyuarat cawangan UMNO bahagian itu sejak tiga minggu lalu adalah yang terburuk dalam sejarah kerana dicemari gejala politik wang, kehadiran anasir luar dan dipenuhi pelbagai ugutan serta ancaman.Berita sepenuhnya : Utusan Malaysia
Najib mengulas tindakan BPR menahan calon Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Nor Awang kerana disyaki memberi sogokan wang kepada seorang ahli parti itu untuk mengundinya pada mesyuarat cawangan.
Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull berkata, Mohd. Nor ditahan ketika memberi sogokan RM500 kepada ahli berkenaan di Seremban pada pukul 4 petang semalam.Berita Sepenuhnya: Utusan MalaysiaPetikan berita di atas menunjukkan betapa amanah amat menjadi rebutan oleh umat manusia sekarang. Mereka sanggup melakukan apa saja bagi mendapatkan nama dan kedudukanRasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menasihatkan kepada Abdurrahman bin Samurah :
يَا عَبْدَ الرَّحْمنِ بن سَمُرَةَ لاَ تَسْألِ الإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُعْطِيْتَها عَنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا وَ إِنْ أُعْطِيْتَهَا عَنْ مَسْأََلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْها“Wahai Abdurrahman bin Samurah, janganlah engkau meminta kepemimpinan. Kerana jika engkau diberi tanpa memintanya, nescaya engkau akan ditolong (oleh Allah dengan diberi taufik kepada kebenaran). Namun jika diserahkan kepadamu kerana permintaanmu, nescaya akan dibebankan kepadamu (tidak akan ditolong).”Hadits ini diriwayatkan Al-Imam Al-Bukhari dalam Shahih-nya no. 7146Sungguh benar sabda Rasulullah ketika beliau menyampaikan hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:
إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُوْنَ علي الإِمَارَةِ وَ سَتَكُوْنُ نَدَامَةٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat berambisi terhadap kepemimpinan, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 7148)
إِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ. قَالَ: كَيْفَ إِضَاعَتُها ؟ قال: إِذَا وُسِّد الأَمْرُ إلى غَيْرِ أَهْلِها فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ“Apabila amanah telah disia-siakan, maka nantikanlah tibanya hari kiamat. Ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan menyia-nyiakan amanah? Beliau menjawab: ‘Apabila perkara itu diserahkan kepada selain ahlinya, maka nantikanlah tibanya hari kiamat”.” (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 59)Jelas dalam hadis hadis, baginda memperingatkan umat Islam supaya menilai kemampuan diri sendiri, dalam keinginan untuk memegang amanah. Namun apa yang terjadi sekarang adalah yang sebaliknya. Kebanyakan mereka ini berlumba lumba untuk memilikinya.Pada satu ketika dulu para sahabat amat menitik beratkan soal amanah dalam memerintahkan negara. Seperti halnya dikatakan oleh sahabat Nabi, Abubakar As Shidiq kepada Umar Bin Khatab ketika menunjuk dirinya sebagai khalifah. Ketika itu Umar bin Khatab yang perkasa menangis tersedu sedu. “Jika benar anda mencintaiku ya Khalifah, jangan bebankan amanat sebesar ini kepundakku. Masih banyak orang lain yang lebih mampu dari pada aku.”
Dengan panjang lebar Abu Bakar menyampaikan alasan mengapa memilih Umar, dikatakan pula, bahwa saat sekarang Negara dan rakyat memerlukan pemimpin yang Al Qawiyyul Amin(orang yang kuat dan dapat dipercaya).
Dikatakan pula ada dua orang yang akan terjerumus kedalam neraka. Pertama orang yang nekad maju dan mempromosi diri untuk memperoleh jawatan padahal dia tahu bahwa ada orang yang lebih mampu daripadanya. Kedua, orang yang mampu dan meminta memegangnya(jawatan/tugas) tetapi ia menolak kerana lari dari tanggung jawab.Semoga mereka yang amat bersemangat untuk menjadi pemimpin, terlebih dahulu bermuhasabah tentang kemampuan diri masing masing, kerana di bahu anda terletak satu bebanan yang amat besar.



Apabila tengok perbincangan mengenai dasar-dasar membasmi kemiskinan, ketika itu juga saya terfikir, apakah dasar membasmi kemiskinan ini benar-benar berkesan? Juga setiap kail saya perhatikan perbincangan mengenai kemajuan, atau mengenai sistem pendidikan, saya masih tertanya-tanya, apakah kita mempunyai pelan yang realistik dan bersungguh-sungguh untuk membasmi kemiskinan? apakah definisi kemiskinan kita? apakah definisi kita mengenai kemiskinan sifar? Siapakah yang dilabelkan sebagai orang miskin? apakah kita sudah mempunyai strategi yang berkesan untuk menangani kemiskinan ini?Apakah sebenarnya kemiskinan ini? Adakah ianya hanyalah suatu nilai subjektif yang digunakan untuk mengukur secara relatif nilai kehidupan manusia? Seorang yang dianggap miskin diMalaysia, mungkin secara relatifnya kaya jika dibandingkan dengan seorang dengan cara yang hidup serupa yang menetap di negara lain, dan mungkin juga seorang yang dianggap kaya diMalaysia, secara relatifnya dalah miskin dinegara lain? Jika seorang yang berpendapatan RM3000 sebulan, tetapi mempunyai "overhead" tetap kehidupan seperti "installment" rumah, kereta dan sebagainya sehingga RM2500 sebulan, adakah dia akan menjadi lebih miskin atau menjadi lebih kaya dengan orang yang mempunyai pendapatan RM800 sebulan, tetapi tidak mempunyai sebarang bentuk "overhead" tetap? Bagaimana pula relatifnya seorang yang berpendapatan RM3000 sebulan tetapi menjalani kehidupan "lifestyle" orang berpendapatan RM1500 sebulan, berbanding dengan orang yang berpendapatan RM5000 sebulan, tetapi menjalani "lifestyle" RM8,000 sebulan?
Bagaimanakah kita mahu menentukan penanda aras untuk kemiskinan itu sendiri?Saya juga kadangkala tertanya-tanya, jika kita serius untuk membasmi kemiskinan, apakah yang akan kita lakukan? Mari kita buat andaian satu penanda aras kemiskinan pada pendapatan RM2000 sebulan..... Adakah kita akan memansuhkan pekerjaan-pekerjaan yang menawarkan pendapatan sekitar RM800 sebulan yang dirasakan sedikit dan tidak mencukupi? atau adakah kita akan menaikkan nilai pendapatan tersebut kepada nilai yang lebih munasabah seperti RM2000 sebulan... Jika kita mahu memansuhkan pekerjaan yang pendapatan RM800 sebulan, bermakna kita mungkin akan memansuhkan jawatan operator, drebar, opis boy dan sebagainya ... apakah kilang dan syarikat boleh beroperasi jika jawatan-jawatan ini tidak ada didalam sesebuah syarikat atau kilang? Atau pun, kita perlu mengekalkan jawatan-jawatan tersebut, tetapi untuk memastikan mereka tidak berada didalam kategori "miskin", maka kita perlu meningkatkan pendapatan bulanan mereka sehingga sekitar RM2000 sebulan?Jika andaian taraf kemiskinan pada tahap pendapatan RM2000 sebulan, tetapi masih ade pekerjaan yang berpendapatan dibawah RM2000 sebulan, apakah kita akan dapat mengatasi masalah kemiskinan ini? Bagaimanakah seorang yang berpendapatan RM800 sebulan dapat keluar dari "benchmark" kemiskinan RM2000 tersebut? Adakah beliau perlu bekerja ditempat lain pula supaya nilai pendapatan beliau mencecah "benchmark" RM2000 tersebut?Atau apakah sistem ekonomi kapitalis dengan ideologi politik demokratik yang sedia ada ini perlu dirombak sedikit dengan pendekatan sosialis untuk memastikan jurang kemiskinan berada pada tahap yang minima, atau adakah dasar ekonomi Islam yang sedang rancak diperkembangkan dinegara ini mampu untuk mestabilkan keadaan ini? atau pun adakah definisi ekonomi Islam ini telah ditafsirkan dengan pendekatan kapitalis yang lebih mementingkan keuntungan dan kekayaan persendirian atau pemilikan..Secara amnya, banyak perkara didunia ini mempunyai positif dan negatifnya, dan untuk berada didalam stabil, maka kedua-dua nilai ini perlu berada pada tahap yang seimbang... Contohnya ada air panas dan air sejuk... dan ade juga air suam, yang mempunyai relatif keseimbangan suhu antara air panas dan air sejuk... didalam keadaan yang seimbang, sesuatu sistem itu akan berada dalam keadaan stabil... Jika sesuatu sistem tidak berada didalam keadaan stabil, maka biasanya akan terdapat mekanisme yang akan cuba untuk menstabilkan keadaan tersebut ... natural corrective phenomena .... Apakah sistem ekonomi juga mempunyai "natural corrective action" yang tersendiri? Dalam ekonomi, biasanya ditekankan nilai-nilai permintaan dan bekalan- "supply and demand" ... Jika terdapat ketidak seimbangan didalam "supply-and-demand", maka nilai pasaran menjadi tidak stabil dan harga akan turun-naik dan menjadi tak menentu ...Jadi apakah inisiatif dan strategi kita untuk membasmi kemiskinan ini? Apakah formula kita? Adakah semua orang nak jadi pegawai dan jadi tokey? Adakah semua orang nak jadi jurutera, atau doktor, atau pegawai eksekutif, habis siapa nak buat kerja ikat bata, nak mengimpal besi, nak duduk kat assembely line, nak jadi cashier kat supermarket atau nak tebar roti canai pagi-pagi kat kedai? Siapa yang nak tanam padi, nak tanam jagung, tanam kopi, ternak ikan dan bela lembu? Atau pun kita kena ade satu formula supaya pendapatan-pendapatan orang-orang yang penting ini juga sedia melepasi nilai pendapatan kemiskinan dan seterusnya mereka mempunyai lifestyle kehidupan yang lebih selesa...?Arrghhhhh ... pening kepala ...



BATASKU ASAKU TUHANKU


Demi Tuhan aku bersujud mengenang seribu cinta padaNya
Cinta itu melingkar hatiku lalu menembusi fatamorgana
Entah mengapa cinta membunuh seluruh asaku
Aku terbayang-bayang dalam pusingan pemikiran yang semakin luluh
Aku memendam kepiluan yang melunturkan kasih sayangku
Batasku menitiskan kepahitan bintang bersinar dalam terang

Seribu zikir aku panjatkan mengenangkan sayangku padaNya
Aku mahu kebebasan dalam menyayangi rohani manusia
Aku capek hidup dalam kesibukan jasad dan kerosakan akal
Aku rindu kemerduan undan yang bertasbih kepadaNya
Asaku pengen didandan kilauan terang mutiara lautan

Dari jauh sorban suciku melambai-lambai kemurnian alam semesta
Aku coba menyelusup ke dalam hati tulus bagi menutup kelusuhan jiwa
Aku meratap pilu dalam kemewahan dan kecerdikan milikNya
Nada-nada iman dalam melodi cinta duniawi tidak lagi berlagu merdu
Batasku memerah kepedasan manusia melemparkan rusuhan
Tangisanku terbang merentasi lautan mencari kekesalan
Tiba-tiba tangisanku sesat dalam kebuntuan yang melopori minda aku
Mengapa kesedihan memonopoli lalu meruntun jiwa aku?

Stanggi cinta terkubur dalam kali arus hayat hitam manusia
Aku meronta seksa dalam kepanasan cinta bayangan
Cinta merobek hatiku lalu terpancur didihan darah muda
Tangisanku bergema kuat menutup segumpal awan pilu gelap
Jiwaku tergelongsor dari landasan kasih jernih milikNya
Jasadku terhenti di dunia tanpa hati, tanpa jiwa, tanpa cinta daripadaNya
Batasku sedari raut kuadratku tidak lagi indah tanpa nur miliknya

Rembang petang menyusur kesedihanku dengan mengendong seikat harapan
Ombak pantai menghempas butir-butir pasir keresahanku
Sinaran matahari terbenam memancarkan cahaya indah syurga
Bunyi hempasan ombak melaungkan takbir padaNya
Aku mula sedar dalam renangan aku mencari daratan keinsafan
Batasku asaku berkeras menggapai cahaya milik yang satu


Pabila tiba saja aku di sana,
Kehadiranku disambut malaikat-malaikat akhirat
Kegembiraanku diraikan kelegaan aku melepaskan segumpal beban dihati
Kesedihanku larut dalam sinar keikhlasan hati yang tulus menyayangiNya
Kecerahan cintaku bagai menari diringi pelangi
Kini aku bersimpuh dalam keimanan
Aku bersujud dalam ketakwaan
Aku berdoa dalam tawakal
Aku bersyukur atas nama Tuhan yang satu

Cinta, jiwa, hati dan perasaan tidak mampu lagi dipisahkan
Keasyikan dunia yang sentiasa berzikir kepadaNya melahirkan jiwa putih
Wahai jiwa-jiwa manusia yang lupa padaNya
Wahai cinta gelap yang terpasak di sudut jiwa syaitan
Hulurkan tanganmu demi mencari kedamaian cinta padaNya
Mari! Mari! hulurkan tanganmu kepadaku
Mari kita mencari keasyikan cinta yang beriman kepadaNya
Mari, mari . . .
Disana engkau terimalah sebuah hadiah berbentuk hati tulus,
Sebuah hati yang berwarna keikhlasan
Sebuah hati yang mengandungi darah insan yang bergelar
Muslimin dan Muslimah sejati



KETIKA CINTA BERTASBIH

Bertuturlah cinta
mengucap satu nama
Seindah goresan sabdaMu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padaMu

Bisikan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku padaMu Maha cinta
Sudah diubun-ubun
Cinta mengusik rasa
Tak bisaku paksa
Walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih
Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar
Tak bisa aku menentang
Sujud syukur padaMu atas segala cinta

Ketika cinta betasbih
Degup jantungku terlerai
Membuka seribu jalan cahaya di jiwa
Deras hati ini membuka seribu mimpi
Seolah tiada kecacatan jiwa yang menghembus nafas terakhir