Malam ini mawar berkembang

Cantik
Cerah
Ceria

Ke mana hilang embun pagi?
Ke mana hilang terik siang?
Ke mana hilang tenang senja?
Semua layu kerana malam ini mawar berkembang

Kali ini, bukan sekuntum
Bukan dua kuntum
Bukan tiga kuntum
Bukan empat kuntum
Berkuntum-kuntum mekar indah...

Malam ini malam pertama
Aku bahagia kerana engkau
Wahai mawar, teruslah mekar
Sungguhpun engkau layu,

Tiada lagi mawar yang akan berkembang waktu malam
Kerana malam ini, malam kita mawar :)

H268
24/1/2013