Apabila amanah menjadi rebutan


Proses pemilihan pemimpin UMNO akan berlangsung di sana sini. Pelbagai berita yang enak dan tidak enak di dengar menjadi topik utama akhbar akhabr dan media media elektronik. Dewasa ini, amanah dianggap ringan. Yang menjadi agenda utama adalah kejar dahulu tempat tempat setinggi yang boleh, kemudian baru menilai amanah yang dipertanggungjawabkan.
KOTA TINGGI 3 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar mendedahkan, perjalanan mesyuarat cawangan UMNO bahagian itu sejak tiga minggu lalu adalah yang terburuk dalam sejarah kerana dicemari gejala politik wang, kehadiran anasir luar dan dipenuhi pelbagai ugutan serta ancaman.Berita sepenuhnya : Utusan Malaysia
Najib mengulas tindakan BPR menahan calon Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Nor Awang kerana disyaki memberi sogokan wang kepada seorang ahli parti itu untuk mengundinya pada mesyuarat cawangan.
Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull berkata, Mohd. Nor ditahan ketika memberi sogokan RM500 kepada ahli berkenaan di Seremban pada pukul 4 petang semalam.Berita Sepenuhnya: Utusan MalaysiaPetikan berita di atas menunjukkan betapa amanah amat menjadi rebutan oleh umat manusia sekarang. Mereka sanggup melakukan apa saja bagi mendapatkan nama dan kedudukanRasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menasihatkan kepada Abdurrahman bin Samurah :
يَا عَبْدَ الرَّحْمنِ بن سَمُرَةَ لاَ تَسْألِ الإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُعْطِيْتَها عَنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا وَ إِنْ أُعْطِيْتَهَا عَنْ مَسْأََلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْها“Wahai Abdurrahman bin Samurah, janganlah engkau meminta kepemimpinan. Kerana jika engkau diberi tanpa memintanya, nescaya engkau akan ditolong (oleh Allah dengan diberi taufik kepada kebenaran). Namun jika diserahkan kepadamu kerana permintaanmu, nescaya akan dibebankan kepadamu (tidak akan ditolong).”Hadits ini diriwayatkan Al-Imam Al-Bukhari dalam Shahih-nya no. 7146Sungguh benar sabda Rasulullah ketika beliau menyampaikan hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:
إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُوْنَ علي الإِمَارَةِ وَ سَتَكُوْنُ نَدَامَةٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat berambisi terhadap kepemimpinan, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 7148)
إِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ. قَالَ: كَيْفَ إِضَاعَتُها ؟ قال: إِذَا وُسِّد الأَمْرُ إلى غَيْرِ أَهْلِها فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ“Apabila amanah telah disia-siakan, maka nantikanlah tibanya hari kiamat. Ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan menyia-nyiakan amanah? Beliau menjawab: ‘Apabila perkara itu diserahkan kepada selain ahlinya, maka nantikanlah tibanya hari kiamat”.” (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 59)Jelas dalam hadis hadis, baginda memperingatkan umat Islam supaya menilai kemampuan diri sendiri, dalam keinginan untuk memegang amanah. Namun apa yang terjadi sekarang adalah yang sebaliknya. Kebanyakan mereka ini berlumba lumba untuk memilikinya.Pada satu ketika dulu para sahabat amat menitik beratkan soal amanah dalam memerintahkan negara. Seperti halnya dikatakan oleh sahabat Nabi, Abubakar As Shidiq kepada Umar Bin Khatab ketika menunjuk dirinya sebagai khalifah. Ketika itu Umar bin Khatab yang perkasa menangis tersedu sedu. “Jika benar anda mencintaiku ya Khalifah, jangan bebankan amanat sebesar ini kepundakku. Masih banyak orang lain yang lebih mampu dari pada aku.”
Dengan panjang lebar Abu Bakar menyampaikan alasan mengapa memilih Umar, dikatakan pula, bahwa saat sekarang Negara dan rakyat memerlukan pemimpin yang Al Qawiyyul Amin(orang yang kuat dan dapat dipercaya).
Dikatakan pula ada dua orang yang akan terjerumus kedalam neraka. Pertama orang yang nekad maju dan mempromosi diri untuk memperoleh jawatan padahal dia tahu bahwa ada orang yang lebih mampu daripadanya. Kedua, orang yang mampu dan meminta memegangnya(jawatan/tugas) tetapi ia menolak kerana lari dari tanggung jawab.Semoga mereka yang amat bersemangat untuk menjadi pemimpin, terlebih dahulu bermuhasabah tentang kemampuan diri masing masing, kerana di bahu anda terletak satu bebanan yang amat besar.



Leave a Reply