I don't believe those who don't feel what I feel inside...




BETAPA KU RINDUUUUU!!!.........”

PUAS!! … Hati ini menyanyi ….
nada gelisah serabai….
irama asyik terurai
bagai tak terguntingkan rantai
Serupa musafir terdampar di pantai

Eh…..
rupanya masih besar selubung rindu
hirisan yang nyata, Uhhh! SUMPAH nyilu!
dipupuk deras-deras angin pilu
sepi lagi tapi kali ini tak berlagu

Kini,
lambaikan pada matahari..
Silau warnanya….
Tetap bertanya khabarnya indah atau muram…
mengenang nyanyian nostalgia
yang melaungkan kerinduan
HOOOOOOOOOOOOOOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!



SHIT!!
Aduh!  terkapai-kapai pada lolongan ini..
APA HARUS AKU BUAT?


20/1/2012
9.30 PM
Bilik




BULAN!
Apa khabar bulan?
Lama kita tidak bersua....
bukan tiada ingatan..
bahkan selalu sahaja tumbuh…
lalu menyebut dan mengenang
yang jauh di sudut gelap kamar…

Kamu sihat bulan ?
lama tidak bertanya khabar..
bukan tak mahu tapi berhati-hati
kadang aku fikir kamu tak suka
kerana kamu kadang tidak membalas soalku
lalu ku teropong dari jauh
untuk lihat nyata kamu sihat..

Bagaimana hidup kamu bulan..?
lama kamu tidak bercerita..
tapi aku sampulkan doa kebahagiaan buat mu
Selalu!
Tiap kali selepas solat ku
tanda ukiran ingatan buat mu
yang hendak melihat kamu bersinar bahagia
kerana stitis bahagia mu, selaut bahagia ku jua



Kamu masih ingat aku bulan..?
WAIT!
.tak mengapa..
tak perlu kamu jawabnya
kerana memadai bagiku
kilauan terangmu…
..di kala kamu mengambang

Bulan,
Aku….Mmmmmm
Argh!!!.....huhhhhhhhh…..
OK…mmm bulan,
Aku…. rindu kamu bulan…..
YA! Aku rindu kamu….
Rindu…..sangat….


20/1/2012
10.00 PM
Batu Pahat




Gertak hati ku…pada naluri aku..

Engkau ampuni dia?!
engkau lupakan dia?

tak ingat pada seksaan engkau?
tak ingat pada janjinya pada mu?
tak ingat pada senyumannya yang FAKE?

Mmmmm….
Atau….

..engkau masih sayang dia..
..engkau masih rindu dia..
..engkau masih dambakan dia..
..engkau masih..masih..masih..

TOLONG LA!!!
Cinta kau laksana batu besar di tepian pantai
dipukul ombak bertubi-tubi lajunya..
terluka, masih kental di situ..
tercedera, masih tak tumbang..
diconteng pelawat pantai.. masih tak berganjak…


Tuhan..
bantulah proses melupakannya...


20/1/2012
9.52 PM
Batu Pahat





“KRIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIINGGG”

BISING!!!!! …..bunyi jam loceng….
Ketika itu, aku terlewat bangun
matahari tinggi tersadai, itu tengahari…

dek terlena lamanya malah kelesuan tubuhku…
lalu, tiba aku bangun,
aku terasa mati..........
sedang di luar sana
riuh dengan senang susah liku kehidupan.........

Bila ditafakurkan,
semua orang bergerak, bekerja, berlari, berpanjat…
sedang aku terus lemah longlai tersantai di atas takthaku..

Tanpa sedar , tanpa perkiraan masa
dilamun mimpi, dibuai fantasi, dihempas ilusi…

bila aku sedar , WOIII!!!!

Rupanya diriku masih hidup lagi! … Alhamdulillah…..
Tapi . . .


Bisikku, siapakah yang terus menerus menidurkanku? 
Tak pernah terfikirkan bahawa siang, rupanya….
Ini satu pengalaman kematian!

7/1/2012
12.55AM
H268




Senyumlah….
Senyumlah…
Huh…senyumlah!

Wei, apa perasaan kau ?
ketika engkau dicaci
dihina
dimaki
dikeji !!!

Disalahkan
diaibkan
dimalukan
dipersendakan !!!

menjadi bahan gurauan
bahan ejekan
bahan hinaan
bahan umpatan
bahan fitnahan
bahan dombaan !!!

Senyumlah
mmm…senyumlah
senyumlah ye…..

kerana
aku juga dimarahi…
mereka juga dibenci
para penegak keadilan turut dicaci
para ulamak juga lagi disalah erti
para wali juga dimaki
para nabi juga dikeji
hatta 
Maha Pencipta juga disalahi dan ditinggalkan sepi…..

senyumlah….
sabarlah….
dan
berdoalah…
pasti jiwa mu tenang bak salju putih yang membeku....

Ikhlas untuk engkau,
Salam Rindu  :)


7/1/2011
11.45pm
H268




Ketika istanaku roboh….

Ragaku meluncur keluar…laju luncurannya…
bersama dendam yang terpendam
roh rewani itu akan mengerti….
mengapa nafsu mulamah merogol lubuk hati...

Tanpa masa aku kira,
Bertapak langkah pertama,
aku berlayar terus di lautan bismillah
berbantukan bahtera jihad…
Entah mana destinasi ini….


Ketika istanaku roboh,

Kamar tempat aku berjimak di dalamnya
Mihrab yang aku berselawat kepadaNya
Mahligai yang bersinar Kaabah itu

Kali ini, semuanya telah memerdekakanku! 


7/1/2012
11.00pm
H268



HARAPAN

Saya tak mengharapkan awak walaupun awak pernah bagi harapan :)