Kisah kita…

Beginilah ceritanya….
Penuh cabaran…



Memang cerita kita tidak seindah snow white…
Tiada termakan epal beracun…
Tiada sumpahan ahli sihir yang ingin kecantikan di dunia …
Tiada tujuh orang kerdil baik hati membantuku…
Tiada putera yang akan mengucup bibirku bagi merawatku…




Memang cerita kita tidak seindah cinderellla
Tiada seksaan daripada ibunya….
Tiada ejekan dan paksaan daripada adik beradiknya…
Tiada ahli sihir dan labu magiknya…
Tiada putera yang akan menyarungkan aku sepatu cantik….




Memang cerita kita tidak seindah tentang dhia
Tiada seksaan daripada ibu mertua..
Tiada rakan-rakan yang selalu membantu
Tiada kumat kamit bomoh membaca jampi serampah…
Tiada matinya disamping suaminya yang tercinta




Memang cerita kita tidak seindah bawang merah bawang putih…
Tiada nyanyian indah bersama hayunan buaian….
Tiada termakan ibuku yang berbentuk ikan…
Tiada anak sultan yang sanggup mengejar dan mencari aku…..
Tiada aku menjadi permaisuri….


Kisah kita tetap kisah kita..
Dan aku jadikan kisah ini
Sebagai satu kisah yang manis dan yang selalu kita kenang….



2.6.2012
Ruang Tamu Rumah
Parit Raja





Walaupun kita jauh
Namun engkau selalu wujud
Wujud dalam setiap bayangan yang dapat aku rasakan…

Bayang-bayang?
Ya bayang-bayang sebab aku tak akan mungkin dapat memiliki engkau….
Ibarat aku mencintai bayang-bayang engkau sahaja….

Mungkin aku gila…Hahahaha….
Tapi aku benar-benar rindukan engkau….
Walaupun bayang-bayang, aku tetap gembira….

Bayang-bayang, teruslah disini….
Jangan tinggalkan aku…
Biar aku terus mengejar engkau….




Mengharapkan sesuatu yang mustahil….
Maafkan aku….


2.6.2012
Ruang Tamu Rumah
Parit Raja



JUJUR


Jujur…
Saya sayang awak…
Saya suka awak…
Tapi….
Boleh kita bersama?
TIDAK!
Awak burung…
Saya singa…

Biar awak terus mencintai burung gagak itu….
Biar saya terus menyimpan rasa….

Bukan tidak berani,
Tetapi kenyataan ikan dan singa memang tidak dapat bersatu
Awak duduk di dalam air
Saya duduk di atas darat…

Biarlah saya memendam…hanya Allah tahu sahaja perasaan ini…
Walaupun saya inginkan awak ..
Cukuplah. Tiba masa, awak tahu juga apa perasaan saya terhadap awak   J

Kangar, Perlis
14/6/2012



PETANG


Petang ini sepi…
Bukan kerana langit tidak cerah…
Bukan kerana angin tidak bertiupan..
Bukan kerana burung tidak berkicauan…
Bukan kerana matahari tidak bersilauan…
Semua itu hanya tulisan sajak yang tidak bermakna…

Tetapi, kerana petang ini pudar….
Aghhh! Aku benci semua kekalutan ini!
Aku kini lemas….
mmmm……Tidak mengapa, Biarkanlah….

Petang, jangan menangis….
Biar malam memujuk hatimu….
Biar pagi meredakan amarahmu…

Mungkin, sudah sampai ajalmu disini…
Pergilah…Pergilah…

Aku redha….
Petang, jangan lupakan aku….


H268
IPG KTI
20 / 6 / 2012