Malam ini aku cuma mahu telanjang
di atas sofa kuning yang panjang
berkhayal tentang bersama dengan kau sambil terkangkang
dari dulu, kau hanya buat aku duduk begini terbongkang
suka hati kau cakap aku jantan miang.
bila aku berbual dengan perempuan lain, kau kata aku curang
bila aku tinggi suara, mula mengadu orang yang aku garang
bila orang mengata kau pakai seksi, kau kata aku yang tak larang
bila aku diam,tak call, kau kata aku langsung tak jiwang
setiap kali bertikam lidah, semuanya kau nak menang
macam mana aku tak berang?

Jadi, bagaimana aku nak tenang?
Dengan hanya bertelanjang.



Kepergian ini bukan mudah

Kepergian ini bukan mudah
Kepergian ini bukan mudah

Arghh! Kenapa perlu pergi?
Sudi tinggalkan aku sendiri?
Sudi membiarkan aku terus berdiri?

Menangis lagi
Tersesak-esak menyapu titis air mata
Tidak kasihan pada aku?

Mungkin engkau tiada hati untuk merasai aku
Mungkin engkau tiada mata untuk mentafsir aku
Mungkin engaku tiada otak untuk menjiwai aku

Mungkin sahaja
Engkau anak syaitan
Bergelimpangan di dunia…menyesatkan aku…

Ya Engkau! Siapa lagi?

6/2/2013
12.14am
H268



Kelam sunyi
Kelam senyap
Kelam sendiri

Gelap…penuh gelap…
Penuh prasangka
Penuh rasa salah
Penuh hasad dengki

Jauh terletak di tengah jiwa
Disitu hati aku
Ya hati aku…

Terus kelam
Terus gelap

Sampai bila cahaya akan tiba? Tolong….

5/2/2013
11.42 pm
H268



Malam ini mawar berkembang

Cantik
Cerah
Ceria

Ke mana hilang embun pagi?
Ke mana hilang terik siang?
Ke mana hilang tenang senja?
Semua layu kerana malam ini mawar berkembang

Kali ini, bukan sekuntum
Bukan dua kuntum
Bukan tiga kuntum
Bukan empat kuntum
Berkuntum-kuntum mekar indah...

Malam ini malam pertama
Aku bahagia kerana engkau
Wahai mawar, teruslah mekar
Sungguhpun engkau layu,

Tiada lagi mawar yang akan berkembang waktu malam
Kerana malam ini, malam kita mawar :)

H268
24/1/2013