Asmaul Husna versi Siti Nurhaliza dikatakan mendapat sambutan hangat pendengar-pendengar yang kehausan lagu-lagu ketuhanan. Sama-samalah kita menghayatinya. Kita tidak boleh memaksa seseorang untuk berubah tetapi sekiranya sudah sampai masanya untuk Siti Nurhaliza berhijrah kepada anak seni yang memahami asal usul agama, Alhamdulillah dan semoga istiqamah dalam perjalanan anda sebagai seorang anak seni yang sememangnya hebat di pentas nyanyian.



Hari ini aku berasa cukup penat kerana pelbagai perkara aku lakukan dan malam ini aku berniat untuk melepaskan kepenatanku dengan berehat secukup-cukupnya tetapi malamku diganggu dengan bunyi bising. Ketika aku dan keluargaku hendak melelapkan mata, lagu-lagu berentak rock dan punk bergema dengan cukup kuat. Aku cukup hairan kerana pada waktu begini siapa lagi hendak mendengar lagu-lagu sebegitu. Aku memanjangkan leherku dengan menjenguk tingkap bilikku untuk mengesan dari mana arah bunyi itu datang dan mataku terus memanah ke rumah Along. Ibuku menyuruhku untuk terus membisu dan biarkan apa yang berlaku kerana tidak mahu masuk campur dalam hal orang lain tetapi hatiku terlalu geram ketika itu kerana aku terlalu penat dan waktu itulah waktu yang paling sesuai untuk aku berehat. Lantas aku membuka seibu langkah dengan mengetuk pintu rumahnya dan apabila saja pintu dibuka, seorang wanita memakai skirt pendek menyambutku. Hati aku terlalu goyah ketika itu melihat kaum hawa yang berpakaian seperti itu. Aku membutakan mataku dan memintanya memanggil along. Along menyuruhku untuk masuk ke dlaam rumahnya namun aku tidak mahu kernaa pa yang dapat aku lihat ketika itu ialah botol-botol arak disusun rapi di atas meja, wanita dan lelaki berpelukan sambil menyanyi. Along memarahi aku kerana aku tidak mahu masuk ke dalam rumahnya. Dia mencabar aku sekiranya memang betul aku tidak kolot dan tahu peraturan-peraturan agama,dia meminta aku untuk masuk. Dia juga mencabar aku sekiranya aku masuk ke dalam rumah itu dan berseronok bersama mereka, itulah perbuatan terkutuk yang terakhir akan dia lakukan. Aku sedar ketika itu aku perlu kuat dalam menangani godaaan syaitan. Lantas aku memintanya untuk senyap dan mengakhiri jamuan mahupun parti yang diadakan agar ditamatkan segera. Namun hati yang keras tidak akan mendengar kata-kata itu malah muzik yang dimainkan terus dikuatkan. Mereka terus tertawa kerana aku tidak melakukan cabaran tersebut dan mereka mengatakan aku kolot dan takut. Aku bersuara dengan mengatkaan aku disana bukan untuk menyertai mereka melakukan maksiat dan perbuatan terkutuk tetapi aku disana untuk meminta kedamaian agar semua orang dapat tidur dengan lena dan aku tidak menyahut cabaran bukan kerana aku takut atau kolot tetapi aku tidak mahu terlibat bersmaa-smaa yaitan yang bertopengkan manusia dan sekiranya mereka tidak mahu melakukan arahanku, hanya Allah saja yang menentukan balasan mereka diakhirat nanti. Along terus menutup pintu dalam keadaan marah. Aku pulang ke rumah dengan berzikir agar imanku tidak pernah goyah. Tiba saja di bilikku,aku terus baring dan menangis kerana aku rindukan Along dulu yang sentiasa memahami aku, menolong aku dan paling penting Along yang memahami Islam.



Pada 31 Ogos 2009 yang lalu, aku telah dipilih untuk membaca ikrar 1 Malaysia sempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia ke 52 peringkat daerah di Dataran Penggaram,Batu Pahat. Mungkin perasaan aku gementar kerana akan membaca ikrar ini di hadapan ratusan penduduk Batu Pahat, Datuk-datuk,Datin-datin, dan terutama sekali di hadapan wakil Y.A.B Menteri Besar Johor. Tetapi alhamdulillah hasil pengalaman aku dan keredhaan Allah serta kata-kata semangat daripada semua pihak,aku berjaya melaksanakan tugas aku dengan bekerjasama dengan pihak PALAPES UTHM dan AJK perbandaran Batu Pahat. Tetapi, hari ini aku berjumpa Along sedang bercucuk tanam di kebun belkang rumahnya. Aku memulakan bicara dengan memberi salam tetapi tiada jawapan yang aku terima daripadanya. Kemudian, aku menanyakan khabarnya dan dia tetap berdiam sahaja. Lalu aku mengundurkan diri tetapi tiba-tiba dia memarahi aku dengan menyuruh adik ku diam dan berhenti menyanyi kerana pada hari itu adik aku terlalu gembira kerana diberikan ganjaran oleh bapaku. Aku membalas dengan mengatakan bahawa aku memohon maaf bagi pihak adikku tetapi dia tetap tidak mahu mengalah dan terus mengatakan bahawa adikku ini bukan penyanyi tetapi berlagaka macam penyanyi dan sebagainya. Aku hanya mendiamkan diri kerana aku mahu melihat apa yang terbuku di dasar hatinya. Apabila habis dia meluahkan segala perasaan marahnya padaku, aku terus mengatakan bahawa di dalam dunia ini ada manusia yang melakukan kesilapan dan setiap orang perlu memaafkan kesalahan orang lain sekiranya perkara yang dilakukan itu dianggap salah baginya. Lantas dia membantah dengan mengatakan bahawa aku tunjuk alim dengan menggunakan alas an bahawa dulu aku pernah cuba untuk melamarnya menjadi teman wanitaku dan sebagainya. Aku hanya mendiamkan diri dan apay ang mampu aku lakukan dan katakana ketika itu ialah aku tidak menunju-nunjuk bahwa aku adlaah seorang yang alim tetapi aku cuba untuk membetulkan apa yang salah baginya dan apa yang slaah bagiku. Dia meneruskan hujah dengan mengatakan bahawa aku dulu suka lari daripada surau apabila ayahku memanggilku dan apabila saja aku lari daripada surau,aku akan melepak di rumahnya. Ya memang bnear apa yang dikatakan tetapi aku bertaubat atas kesalahanku dan aku tidak pernah mengulanginya lagi malah aku lebih pantas pergi ke surau daripada ayahku sekarang. Along hanya terdiam dan dia tetap mengatakan aku cuba untuk tunjuk alim. Aku sedar bahawa hatinya kini keras tetapi aku cuba untuk menyindirnya dengan mengatakan sekurang-kurangnya aku masih ingat akan agamaku dan aku tidak pernah sesat daripada ajaran agama islam sehingga menjadi seorang “gothic” mahupun “black metal”. Dia terus membaling gunting di tangannya yang digunakan untuk memotong pokok dan mengatakan bahawa aku cuba untuk menyindirnya dan dia membela dirinya dnegan mengatakan apa yang dilakukannya sekarang adalah atas kesedarannya jadi, salah dan dosanya, dia yang tanggung bukan aku. Aku mengaku bahawa aku bukanlah siapa-siapa untuk menghukum Along tetapi aku cuba untuk menasihatinya tetapi dia tetap enggan mendengar. Oleh kerana terlalu geram, dia terus mengangkat perkakas yang digunakan untuk bercucuk tanam ke dlaam rumahnya. Aku sedar bahawa aku telah membuatkan seseorang marah tetapi biarlah dia mengingatiku sehingga ke akhirat nanti agar dia tidak menjerumusku sekali ke dalam neraka jika memang takdirnya untuk ke neraka.



Aku bangun pagi denga harapan aku akan mendapat hari yang lebih baik daripada semalam dan mendapat lebih banyak kesmepaytan daripada Allah untuk aku beramal kepadanya. Em . . . tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada seseorang pada pagi itu. Aku terus menjawap panggilan itu, rupa-rupanya orang itu ialah jiran aku ataupun lebih mudah untuk aku katakana dia ialah ibu kepada Along. Em…dia meminta untuk aku mengajar anaknya Bahasa Cina kerana aku pernah bersekolah di sekolah cina dahulu. Aku pun dengan gembira mengatakan bahawa aku setuju kerana aku mampu melakukan sedikit amalan pada pagi itu. Aku pun bersiap-siaplah untuk mengajar adik Along . Tiba-tiba aku terdengar aku terdengar suara seorang wanita memanggil-manggil namaku. Aku terus melulu membuka pintu dan tiba-tiba aku melihat seorang wanita memakai skirt pendek dengan t-shirt tanpa lengan, Along membawa anak kecil yang sepatutnya aku Bantu dalam Bahasa Cina. Em..lantas aku memulakan bicara dengan memberi salam “Assalammualaikum . . .” Along membalas salamku dengan memarahi adiknya, “Pergilah masuk dalam!menyusahkan aku je bangun pagi-pagi ni menghantar ko pegi rumah ustaz.” Aku hanya tersenyum dan mengajak adiknya, Nia untuk masuk ke dalam rumah dan aku juga menjemput Along untuk masuk ke dalam rumah tetapi dia menolak tawaranku dan terus pulang ke rumahnya yang berada tidak jauh daripada rumah aku. Di dalam rumah, Nia menanyakan aku di mana ibuku. Aku membalas dengan senyuman dan memberitahunya ibuku tiada di rumah kerana dia keluar pergi ke pasar. Dia hanya tersengeh dan duduk di ruang tamu sambil mengeluarkan buku-bukunya. Lalu, aku meneruskan pengajaran dan pembelajaran di ruang tamu rumahku. Apabila jam menunjukkan jam 1.00 tengahari,aku menghentikan kelas tersebut dan meminjamkan telefonku kepada Nia untu dia menelefon kakaknya, Along. Ketika Nia sedang menghubungi Along, tiba-tiba seorang gadis mengetuk pintu rumahku sambil memanggil-manggil Nia. Nia dengan pantasnya membuka pintu dan memeluk kakaknya tetapi Along menolak adiknya sehingga kepala Nia terhentuk sofa dibelakangnya. Aku berlari untuk menyelamatkan Nia tetapi Along hanya bediri tegak seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tiba-tiba Along bersuara, “Sebab kau, aku putus dengan boyfren aku!Aku dah cakap jangan main telefon aku tapi kau degil!Tengok sekarang, telefon tu dah rosak. Kau tau tak yang handphone tu boyfren akuy yang belikan!”. Hatiku berdetik, tak akan kerana telefon bimbit, dia sanggup menolak adiknya sehingga begitu. Aku mula bersuara “Dahla tu, diakan budak kecik lagi” . Along memandang tajam aku dan berkata “Kau jangan nak masuk campur urusan aku. Dah la gemuk tak sedar diri nak tegur aku. Dah…dah…dah….Nia!balik rumah sekarang jugak!”. Aku hanya diam kerana hati yang panas membara tidak mungkin akan terpadam dengan disemarakkan dengan api kemarahan. Jadi, mereka pun pulang ke rumah. Itulah pengalaman aku bersama dia di hari yang kedua. Nantikan klimaks ceritaku kerana aku yakin masih ada lagi yangterbuku di hati Along yang masih dia pendam.



Hari-hari aku semakin indah dengan kebahagiaan aku mencari keputusan cemerlang dalam hidup ini. Semoga aku dan rakan-rakan akan mencapat keputusan cemerlang. Amin….. Baiklah….Hari ini aku berasa amat gembira kerana aku mempunyai sebuah cerita indah yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila kerana inilah tugas yang palong berat pernah aku lalui sebagai khalifah Allah di muka bumi Allah ini. Em….Aku tak tahu bagaimana perlu aku mulakan tetapi aku amat-amat teruja dengan cabaran yang diberikan kepada aku kali ini. Cerita ini bermula apabila aku duduk termenung seorang diri di depan halaman rumahku yang terletak di sebelah jalan raya. Tiba-tiba hati aku terdetik mengatakan “aku rasa hidup ini perlu cabaran kerana tanpa cabaran, kita tidak akan tahu di mana kelemahan kita dan kita tak akan sedar kesilapan yang telah kita lakukan.” Aku ketawa kecil kerana aku tidak tahu mengapa aku mengatakan perkara itu secara tiba-tiba. Aku teruskan tenuganku ke awan biru dan tiba-tiba angin berkencang dengan kuat sekali, petir mula berdentum dengan kuat. Akhirnya hujan turun membasahi bumi Tuhan yang cukup indah ini. Aku pun berlari masuk ke dalam rumah dan apabila kaki mula melangkah ke dalam rumah, aku kedengaran suara wanita sedang berbual. Aku rasa pelik, aku teruskan langkah untuk mengintai siapa yang sedang berbual di dapur rumahku bersama ibuku. Alangkah terkejutnya aku apabila seorang gadis melayu berpakaian ala-ala gothic sedang berbual dengan ibuku. Aku tajamkan pandanganku terhadapnya sehinggalah aku sedar bahawa gadis itu ialah teman yang pernah bermain dengan aku ketika aku kecil di belakang rumahnya dahulu, Atiqa. Rupanya sudah semakin anggun dan pakaiannya semakin menjolok mata. Aku menegurnya dengan panggilan manjanya dahulu, “Along, apa kabo?”. Dia hanya tersenyum kerana mungkin dia malu melihat aku yang sudah semakin membesar walaupun dia lebih tua daripada aku. Em…aku tak tahu kenapa aku menulis begini kerana aku lebih suka mengekspresikan tulisanku dengan emosi aku. Em....apapun aku terasa amat pelik melihat Along dalam keadaan begitu kerana sebelum ini hanya dialah gadis kecil yang mengikuti kelas mengaji yang betul-betul berada di kawasan petempatan kami. Em….Aku menegurnya lagi dengan menyoalnya, “Kau skarang buat apa?tak sambung study ke?”. Dia hanya diam membisu sambil tersenyum lebar. Em…mungkin aku bukan ustaz tapi aku teringin hendak tahu mengapa dia beruhbah dengan sekelip mata setelah selesai SPM. Jadi, aku pun bertanyakan kepadanya, “Kau sekarang dah jadi budak gothic ke?”. Dia hanya mengangguk menandakan, Ya. Em…. Tiba-tiba ibu aku menyelit, “Along skarang dah ada boyfren anak datuk,”. Aku hanya terdiam membisu tanpa apa-apa kata. Tiba-tia hujan berhenti, Along pun tiba-tiba bersuara “Cik Yah, Along balik dulu!Nanti orang tua kat rumah tu membebel pulak” . . . . . Hati aku terdetik, “Apa sudah jadi dengan gadis comel yang baik hati ini?” Aku bukanlah serang ustaz tapi hati aku masih sedar siapa dia di sisi Tuhan sekarang. Anda pasti tertanya-tanya sapakah “dia” yang aku tulis sebagai tajuk. Nantikan… aku akan update story ini apabila seklepas aku berjumpa dengan dia sahaja.



SEPI

SEPI . . . .




Sepi hati membuat aku terpanggil-panggil

Sepi jiwa membuat aku terngiang-ngiang

Suara hati, suara jiwa yang menyeru keindahan cinta



Sepi . . .

Biarlah dunia ini kelam akan kegelapan dan kemuraman

Biarlah dunia ini tenggelam dalam kepahitan asap kesedihan

Biarlah dunia ini musnah akibat engkau



Sepi . . .

Hatiku mula terpadam

Hatiku mula punah

Hatiku mula menangis

Kerana engkau mula menutup segenap ruang hatiku



Sepi . . .

Marilah engkau kepadaku

Marilah engkau menutup sedenyut nadiku

Marilah engkau menyekat hirupan nafasku

Marilah engkau terbang bersama nyawaku



Sepi . . .

Bisikku pada bulan

Bisikku pada matahari

Bisikku pada awan

Bisikku pada burung

Bisikku pada mereka agar terus membisu dan berhenti



Sepi . . .

Tawaku tidak lagi terasa di hati

Tangisku tidak lagi berhujan di mata

Resahku tidak lagi memberontak

Marahku tidak lagi semerah api membara

Kerana engkaulah raja yang memerintah di setiap penjuru hidupku



Sepi . . .

Terimalah kedalaman gelisahku

Terimalah kegelapan hariku

Terimalah ayat-ayat duniaku

Terimalah butiran tasbih yang menghadap kiblat kepadaNya

Terimalah SabdaNya dalam kitab cintaku

Terimalah degupan merdu jantungku

Terimalah semuanya agar engkau tenang dalam keasyikan dunia yang sentiasa bertasbih kepadaNya.