Kadang-kadang hati ini tidak mampu lagi menanggung
Menanggung kepenatan dan keperitan…
Percayalah…aku penat….aku lelah….
Lepaskan aku…Biar aku pergi …

Aku sudah benci!
AHHH!!! SIAL!!!!!!
Engkau fikir tubuh ini engkau punya? Engkau fikir aku ini kuda engkau??
Aku bukan seorang yang mudah tewas hanya engkau
Aku juga tidak perlukan engkau!
Engkau hanya sekadar tahu, “Mana barang saya..” “Kenapa tak buat?”
Arah! Arah! Arah! Itu saja! Itu saja kerja engkau!

Hey! Apa kena dengan engkau??!!!
Woi! Jawablah aku! Engkau bisu??!!!

Sudah. Cukup. Sampai sini saja.





Kini kita tidak lagi bersama…
Percayalah, aku rindu engkau…

Jangan biar perasaan ini mati, tolong…

Kita berdua tidak pernah serasi
Kita berdua tidak pernah secocok
Itu kata mereka…

Tapi, berilah aku ruang, aku mohon…tolong….


Kita mulakan cinta ini dengan putih
Kita jaga cinta ini dengan merah
Kita perjuangkan cinta ini dengan pengalaman hitam kita…

Putih itu kerana keikhlasan aku menerima engkau
Merah itu kerana kessunguhan aku menjaga engkau

Jujur, aku tidak sempurna… aku lemah…sangat lemah…
Tapi ingin aku bermula semula….
Andai ada ruang dalam hati engkau untuk aku, berikan pada aku…boleh sayang?
Andai tiada.



Aku anggap engkau kini bahagia bersama yang lebih baik…
Maafkan saya… 

H268
11/10/2012



Rain




Sometimes, when I'm sad, all I need is the rain because rain gives me sense serenity :)



Kisah kita…

Beginilah ceritanya….
Penuh cabaran…



Memang cerita kita tidak seindah snow white…
Tiada termakan epal beracun…
Tiada sumpahan ahli sihir yang ingin kecantikan di dunia …
Tiada tujuh orang kerdil baik hati membantuku…
Tiada putera yang akan mengucup bibirku bagi merawatku…




Memang cerita kita tidak seindah cinderellla
Tiada seksaan daripada ibunya….
Tiada ejekan dan paksaan daripada adik beradiknya…
Tiada ahli sihir dan labu magiknya…
Tiada putera yang akan menyarungkan aku sepatu cantik….




Memang cerita kita tidak seindah tentang dhia
Tiada seksaan daripada ibu mertua..
Tiada rakan-rakan yang selalu membantu
Tiada kumat kamit bomoh membaca jampi serampah…
Tiada matinya disamping suaminya yang tercinta




Memang cerita kita tidak seindah bawang merah bawang putih…
Tiada nyanyian indah bersama hayunan buaian….
Tiada termakan ibuku yang berbentuk ikan…
Tiada anak sultan yang sanggup mengejar dan mencari aku…..
Tiada aku menjadi permaisuri….


Kisah kita tetap kisah kita..
Dan aku jadikan kisah ini
Sebagai satu kisah yang manis dan yang selalu kita kenang….



2.6.2012
Ruang Tamu Rumah
Parit Raja





Walaupun kita jauh
Namun engkau selalu wujud
Wujud dalam setiap bayangan yang dapat aku rasakan…

Bayang-bayang?
Ya bayang-bayang sebab aku tak akan mungkin dapat memiliki engkau….
Ibarat aku mencintai bayang-bayang engkau sahaja….

Mungkin aku gila…Hahahaha….
Tapi aku benar-benar rindukan engkau….
Walaupun bayang-bayang, aku tetap gembira….

Bayang-bayang, teruslah disini….
Jangan tinggalkan aku…
Biar aku terus mengejar engkau….




Mengharapkan sesuatu yang mustahil….
Maafkan aku….


2.6.2012
Ruang Tamu Rumah
Parit Raja