Kalau Tuhan mengubah manusia sedikit berbeza.
Punya magis mencipta apa pun benda
Punya magis membangunkan semula yang mati
Punya magis menarik semula masa jika dikesali 
Punya magis menghasilkan jumlah duit sesuka hati
Punya magis melupakan kenangan yang tidak kita mahu
Punya magis menyentuh setiap hati manusia dengan senyuman

Pasti saja manusia lebih sombong.

tetapi, apa salah kita mencuba?
Barangkali selepas kiamat, Tuhan boleh merancang untuk membina dunia baharu yang dipenuhi manusia-manusia begini. 

Hanya Tuhan saja tahu.



SEPATU

Ibarat sepasang sepatu
Kita sedar akan hakikat bersama
Tetapi kita juga tahu hakikat tidak mampu bersatu.

Engkau tetap masih disebelah kanan sana,
dan aku kekal di kaki kiri.

cuma aku sedar kita pasti ada tujuan yang sama,
menuju setiap tempat bersama.

Dan aku juga sedar jika kamu hilang entah kemana,

aku pasti tidak lagi bermakna.



Rahmat

Alhamdulillah.

Pagi ini tuhan tunaikan permintaan aku.
barangkali tuhan tahu
aku perlukan sedikit terapi natural,
hujan
bertemankan bunyi hentaman kilat.

aah. Ini benar-benar rahmat kamu yang paling awesome Tuhan.

Terima kasih.



Kenapa perlu kita hidup
hanya kerana pegangan orang?
Kenapa perlu kita sengsara
hanya kerana pantang larang orang?
Kenapa perlu kita jatuh
hanya kerana cakap-cakap orang?

Sebab kita terlalu percaya,
orang-orang itu lebih bijak, cerdik, waras

sehingga kita lupa apa ada dalam hidup kita.



Kalau ada diantara mereka yang dapat rasa
bagaimana lelah
bagaimana punah
setiap penjuru hati yang bersemadi,
baru mereka sedar
bahawa jiwa ini tak kan pernah tenang
andai ada secubit rasa
yang datang menjenguk
lalu mengejek.

Kau harus sedar.