You’re special.. and so is everyone else!Allah SWT menciptakan manusia semuanya berlainan baik dari segi fizikal, rezeki, dan laluan hidup. Allah juga meletakkan keistimewaan tersendiri kepada setiap individu untuk ia exploitasikan untuk manfaatnya di dunia. Ada individu yang pandai bercakap, cepat pickup, banyak menghafal, pandai dalam multimedia, pandai dalam muzik, mahir dalam fotografi atau mempunyai skill2 tersendiri. Ada juga yang mempunyai karisma, mudah tersentuh dan cepat bertindak, muka hensem, rezeki murah (banyak duit), kuat tubuh badan dan macam-macam lagi keistimewaan kurniaan Tuhan yang pasti kita come across pada seseorang.
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاً Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan [17:70]Semua orang ada keistimewaan tersendiri. Ia juga mungkin istimewa disebabkan kombinasi beberapa kelebihan, contohnya pandai melukis dan berpidato, atau pandai business disamping multimedia, atau mahir dalam management disamping pandai bermuzik.You are very specialThere’s no one else like youCreated by the MasterAllah created youYou are very specialExclusively designed(Zain Bikha)Namun terkadang ada insan-insan yang terlepas pandang atau gagal atau sengaja tidak mahu menjejaki kelebihan yang Allah kurniakan padanya. Ia lebih selesa meniru kehidupan orang lain dan mengulang2inya sehingga ia mengabaikan keistimewaannya sendiri. Ada pula insan yang menyalahgunakan kelebihan-kelebihannya untuk kepentingan nafsunya.Pada saya, kegagalan kita mengesan & mengexploitasi kelebihan kita adalah satu tanda kelalaian dan tanda tidak bersyukur. Ia seolah-olah tidak endah akan kurniaan Allah ke atasnya. Allah SWT tidak menciptakan sesuatu dengan main-main atau sia-sia.
أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَMaka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? [23:115]. Orang yang menyalahgunakan kelebihannya pula adalah orang yang zalim pada definasinya. Ia zalim kepada Allah dan dirinya sendiri. Ia terlupa yang ia akan dipersoalkan bagaimana ia menggunakan nikmat kelebihan yang diberikan Allah. Ia terlupa yang ia akan dipersoalkan kelak bagaimana ia menggunakan nikmat kelebihan yang diberikan Allah.Jadi apakah kelebihan anda? Sejauh mana anda telah gunakannya? Ke mana anda telah menyalurkannya? Tujuan dikurniakan keistimewaan anda sudah pasti tidak lari dari tujuan penciptaan anda.
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِDan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu. (51:56)Maka bagaimanakah anda telah menggunakan kelebihan anda setakat ini? Adakah anda telah menggunakannya untuk mengabdikan diri kepada Allah atau sebaliknya? Adakah anda telah menggunakannya untuk membantu Islam atau menentangnya? Berapa banyakkah kita telah menyumbang kepada Islam? Apakah yang anda akan jawab kelak ketika Allah SWT mempersoalkan nikmatNya kepada anda? Ukurlah umur kita dan ukurlah berapa percent tenaga kita telah didedikasikan kepada Allah. Ke mana berakhirnya potensi ini kalau ia tidak didasarkan dengan iman? ..a struggle we can’t winIf we have no faith to begin(Dawud Wharnsby Ali)Tanda bersyukur yang sebenar adalah apabila anda kembalikan kurniaan ini kepada Allah dengan menggunakan kelebihan tersebut untukNya. Bahkan ketika itu, dunia akan memperoleh manfaat dari anda. Jangan biarkan keistimewaan anda terpelosok jauh di satu sudut dalam diri anda sehingga tiada siapa dapat merasa kebaikannya. Ayuh pembaca. Sedarlah, kita ada potensi dalam diri kita. Bukan sekadar untuk mengharung umur kita yang tak panjang mana, tapi untuk kita panjangkan umur kita dalam sejarah peradaban manusia dan eksistensi Islam.
Para sahabat Nabi SAW adalah contoh hero-hero sebenar yang menjuruskan kemahiran masing-masing langsung kepada Islam. Melalui tangan-tangan & bakat-bakat mereka Allah angkatkan agama ini ke kemuncaknya, sedangkan sebelum memeluk IsIam mereka hanya merupakan kaum yang terpinggir dari sejarah. Perhatikanlah Umar, Bilal, Khalid, Amr bin Al-As, Talhah, Salman, Ali serta para sahabat lain radiallahu'anhum. Benarlah sabda Nabi SAW:
الناس معادن،خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا
Manusia itu ibarat logam, baiknya dia di masa jahiliyyah, baik juga dia di dalam islam, jika dia memahami (Sahih Bukhari)Ketahuilah, kalau kita tidak menyumbang, mudah saja bagi Allah untuk menggantikan kita dengan seseorang yang jauh lebih baik dari kita, bahkan Allah akan mengabaikan kita sebagaimana kita mengabaikan Allah. Rugilah kita!
إِلاَّ تَنفِرُواْ يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلاَ تَضُرُّوهُ شَيْئًا وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌJika kamu tidak berangkat, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Nya sedikit pun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. [9:39]Jadi, bagaimana anda ingin menyumbang kepada Islam? Iaitu dengan cara anda meletakkan risalah Allah disamping kelebihan anda. Anda mendokong keduanya bersama-sama ke mana sahaja anda pergi. Anda sekali-kali tidak memisahkan keduanya, kerana takut anda akan menyeleweng dalam kelebihan tersebut. Anda perlu pastikan kelebihan anda senantiasa dihalakan untuk kepentingan Islam.Bagaimana anda ingin menyumbang kepada Islam secara tersusun, berterusan serta bersama rakan-rakan lain yang sedar? Kerana itulah kita menubuhkan wadah seperti Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) agar sumbangan anda dapat disusun dan dikembangkan, bahkan diteruskan lagi sekiranya anda tiada kelak. PEMBINA mampu menjadi platform untuk anda mengetengahkan kelebihan anda dalam usaha kita bersama-sama memartabatkan Islam dan menyambung dakwah Ar-Rasul menggapai aspirasinya.Kepada mereka-mereka yang jelas tugas sebagai hamba Allah, tetapi tiada idea di mana ingin menyelitkan diri dalam amal Islami, mulakan dengan keistimewaan anda! Selami diri anda; anda pasti menemuinya. Seorang sahabat bertanya kepada saya, "How to be a hero?" Inilah jawapan saya yakni mengutarakan kehebatan anda untuk ummat sejagat. Bukankah begitu yang dilakukan hero-hero fictional? Bahkan, bukankah itu yang dilakukan para Anbiya' dan pengikut-pengikut mereka? Anda pasti akan menjadi hero yang sebenar!Kesimpulannnya, titik lonjakan anda adalah apabila anda mengenalpasti kelebihan anda dan memahami tujuannya dikurniakan kepada anda. Kemudian anda mengembangkannya dan memanfaatkannya untuk Islam. Ketahuilah, bahawa barangkali itulah dia tiket anda ke syurga dalam meraih redha Allah.Buktikan.. You’re SpecialApabila kita dilahirkanKita menangis dan dunia gembiraPenuhilah kehidupan dengan kebaikanSehingga apabila kita matiDunia menangis dan kita pula gembira
10 Muharram MERUPAKAN Hari Asyura. Hari di mana Allah SWT menyelamatkan Bani Israel daripada Fir'aun dan menenggelamkannya bersama tenteranya dalam satu peristiwa dalam Exodus Bani Israel. Melihatkan kezaliman dan kekejaman Fir'aun, akhirnya riwayat dan empayarnya ditamatkan dengan begitu hina sekali. Proses menuju azab kehancuran dahsyat Firaun ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mempunyai build-up, hype-up ke arah kemuncak kehancuran totalnya melalui Kehebatan Allah SWT yang mampu melakukan apa saja. Sebelum itu, kita imbas kisah Musa-Firaun sebagaimana diringkaskan dalam Surah An-Naziat.
اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى * فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَى أَن تَزَكَّى * وَأَهْدِيَكَ إِلَى رَبِّكَ فَتَخْشَى * فَأَرَاهُ الْآيَةَ الْكُبْرَى * فَكَذَّبَ وَعَصَى * ثُمَّ أَدْبَرَ يَسْعَى * فَحَشَرَ فَنَادَى * فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى * فَأَخَذَهُ اللَّهُ نَكَالَ الْآخِرَةِ وَالْأُولَى * إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لِّمَن يَخْشَى "(Allah berfirman kepada Musa):"Pergilah kamu kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas," "dan katakanlah (kepada Firaun): "Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan)" "Dan kamu akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepada-Nya?" Lalu Musa memperlihatkan kepadanya mukjizat yang besar. Tetapi Firaun mendustakan dan mendurhakai. Kemudian dia berpaling seraya berusaha menentang (Musa). Maka dia mengumpulkan (pembesar-pembesarnya) lalu berseru memanggil kaumnya. (Seraya) berkata: "Akulah tuhanmu yang paling tinggi". Maka Allah mengazabnya dengan azab di akhirat dan azab di dunia. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang takut (kepada Tuhannya)." [79:17-26]Struggle ini bermula selepas penolakan Firaun terhadap dakwah. Ia berlanjutan lagi apabila Firaun mempersenda dan mencabar dakwah, memanggil konco-konconya dari kalangan ahli sihir, Haman & tentera-tenteranya untuk memfitnah dan menyekat dakwah."Firaun berkata kepada pembesar-pembesar yang berada di sekelilingnya: Sesungguhnya Musa ini benar-benar seorang ahli sihir yang pandai," [26:34]"Dan berkatalah Firaun: "Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu; (yaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta"." [40:36]Alangkah buruknya perangai dan cercaan Firaun. Dan Fir'aun pula mencapai ranking taghut No. 1 dalam sejarah apabila mengaku dirinya kuasa paling mutlak di bumi. "Akulah tuhanmu yang paling tinggi" [79:24]. Seolah-olah dia menyeru: "Ya, aku berhak melakukan apa saja; Mendapat semua yang aku mahu. Semua yang tak selari dengan kehendakku dan melawan kehendakku perlu ditentang & dihapuskan". Agak menghairankan bagaimana kaum Firaun boleh tunduk dan patuh secara rela kepada Firaun yang zalim ini, bahkan seolah-olah gembira dan memberi sokongan padu terhadap ketuanannya, yang jelas satu pendustaan. Sebenarnya, Allah telah pun mendedahkan strategi Firaun dalam memanipulasi kaumnya. "Maka Firaun mempengaruhi kaumnya lalu mereka patuh kepadanya. Karena sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik." [43:54]. Ya, mereka difasikkan, dirosakkan dengan maksiat, disogok dengan kepentingan dan habuan, maka ketika itu mampulah Firaun menjadikan mereka kuda tunggangan dan mereka terus menurut dan setia, kerana sudah sebati dengan kefasikan. "(Musa mengadu:) ...sesungguhnya Engkau telah memberi kepada Fir'aun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia, ya Tuhan kami akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Engkau... " [10:88]Dengan pendustaan dan pelampauan batas oleh Firaun dan konco-konconya yang jelas dan sepakat untuk menentang dakwah, maka Allah memulakan proses kehancuran mereka. Namun, sebelum itu Allah selamatkan orang-orang yang ingin diselamatkanNya dari kalangan tukang-tukang sihir, tukang sisir, dan isteri Fir'aun. Beruntungnya mereka, tepatlah pilihan mereka yang menerima iman sebagai jalan. Kesudahan mereka kesudahan yang mulia."Lalu tukang-tukang sihir itu tersungkur dengan bersujud, seraya berkata: "Kami telah percaya kepada Tuhan Harun dan Musa" [20:70]. Boleh rujuk 20:70-73, kisah cantik berimannya tukang sihir Firaun, dan mendalamnya iman mereka kepada Allah.Azab bermula. Musa menyeru kepada Firaun agar membebaskan Bani Israel, kaum yang telah diperhambakan Firaun berkurun-kurun sebagai tulang belakang untuk membina istana-istana dan piramid-piramidnya. Dakwah Nabi Musa telah menyebabkan Bani Israel bangkit, yakin dan menuntut pembebasan. Habislah projek-projek Firaun. Dengan tulang siapa lagi ingin disiapkan projek-projeknya? Ke belakang siapa ingin disebat cemetinya? Dakwah Musa sungguh mengganggu perjalanan Empayar Firaun yang telah lama bertapak kukuh.
وَلَقَدْ أَخَذْنَا آلَ فِرْعَونَ بِالسِّنِينَ وَنَقْصٍ مِّن الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
"Dan sesungguhnya Kami telah menghukum (Firaun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka mengambil pelajaran." [7:130]Kerana keingkaran Firaun dan kaumnya, Allah menarik nikmat sumber asasi kaum Firaun, yakni air, melalui kemaraunya yang berpanjangan, lantas mengurangkan sumber zat & vitamin mereka, buah-buahan, yang memelihara kesihatan dan kekuatan fizikal mereka selama ini. Krisis bermula; dari segi ekonomi dan kemanusiaan. Sungai Nil menyurut dan Mesir mengering. Hilang sumber air. Bagaimana dengan produk-produk pertanian? Tentunya terjejas teruk. (Kalau di Malaysia, krisis air merupakan satu isu yang sering dibesar-besarkan, kerana impaknya yang begitu sengsara apabila terjadi.) Malah, ditambah pula, dengan berkurangnya makanan, kebuluran pula tersebar dikalangan rakyat. Inilah azab Allah terhadap kaum yang engkar.
فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ وَالْجَرَادَ وَالْقُمَّلَ وَالضَّفَادِعَ وَالدَّمَ آيَاتٍ مُّفَصَّلاَتٍ فَاسْتَكْبَرُواْ وَكَانُواْ قَوْمًا مُّجْرِمِينَ
"Maka Kami kirimkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa."[7:133]Tidak habis dengan itu, disebabkan kekufuran mereka yang berterusan, Allah hantarkan pula taufannya yang dahsyat yang tentunya meng-inflict kehancuran material dan infrastuktur. Kita pada zaman ini juga boleh saja menyaksikan akibat serta damage terhadap kawasan yang dilanda ribut taufan. Sungguh dahsyat.Seterusnya, muncul pula bala yang sangat tidak diingini mana-mana bangsa. Datanglah belalang, kutu dan katak yang memusnahkan segala agriculture yakni sumber ekonomi utama negara. Serta-merta melemahkan ekonomi & mencacatkan trading dalam dan ke luar negara. Bagimana negara mahu mengharungi kegawatan ini? Bagimana dengan kareer-kareer rakyatnya dan aktiviti ekonomi firma-firma yang telah disetup kerajaan? Bagaimana dengan kutipan cukai? Mesir dilanda krisis ekonomi paling dahsyat dalam sejarah negaranya. Hancur sudah kekuatan ekonomi serta reputasi negara yang selama ini stabil dan menggerunkan sepanjang beberapa dinasti. Kini, ke mana lagi kerajaan Firaun boleh bergantung?Tambah teruk lagi, kutu dan katak bahkan membawa penyakit-penyakit yang annoying serta menjijikkan. Kutu merupakan ektoparasit yang bertindak sebagai agen penyebar penyakit dikalangan manusia (human disease agent). Malang sekali kepada perumah kutu kerana ia akan membawa kesengsaraan, gatal, malah bertelur pada perumahnya dan akan terus membiak dan merebak. Wabak kutu memang sesuatu yang sengsara. Tambah mengerikan, Mesir dicemari dengan katak-katak yang menggelikan yang berkeliaran di serata negeri. Katak-katak pula terkenal dengan membawa fungus dan penyakit, yang apabila yang bertebaran dengan banyaknya, ditambah dengan pembiakan yang tidak terkawal, ia menjadi disaster kepada masyarakat pengikut Firaun.Pencemaran pula berleluasa. Allah menukarkan air dari sungai dan telaga-telaga menjadi darah kemerahan. Tentunya ia tidak mampu dimanfaatkan untuk kerja-kerja pertanian, kebersihan diri dan masyarakat (mandi, basuh baju, sewage), dan bagaimana rakyat Mesir ingin melepaskan dahaga, sesudah ditimpa bermacam-macam bencana. Bagaimana dengan baunya, warnanya, likatnya.. Allahu'a'lam.Semuanya hancur. Apa lagi yang dimiliki Firaun dan kerajaannya? Sosio-politiknya berubah, buruh-buruhnya sudah resign, projek-projek pembangunan terbengkalai, Nil sudah kering, kebuluran berleluasa, kerosakan material dan infrastruktur, ekonomi dilumpuhkan, epidemik merebak, pencemaran sumber kehidupan. Collapse sudah negara tersebut. Maka mengalahlah mereka: "Dan ketika mereka ditimpa azab (yang telah diterangkan itu) mereka pun berkata: "Hai Musa, mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu dengan (perantaraan) kenabian yang diketahui Allah ada pada sisimu. Sesungguhnya jika kamu dapat menghilangkan azab itu daripada kami, pasti kami akan beriman kepadamu dan akan kami biarkan Bani Israel pergi bersamamu"" [7:134]"Maka setelah kami hilangkan azab itu dari mereka hingga batas waktu yang mereka sampai kepadanya, tiba-tiba mereka mengingkarinya." [7:135]Namun, mereka tetap kufur. Bahkan, kemarahan mereka terhadap dakwah telah membuak-buak dan memuncak, walapun sudah jelas bukti-bukti kebenarannya. Lalu mendorong golongan pelampau batas ini untuk menjalankan ultimate execution mereka untuk menghancurkan Bani Israel yang beriman. Kerana pelampauan batas maximum ini, berlakukah ultimate execution dari Allah pula di dunia ini."Kemudian Kami menghukum mereka, maka Kami tenggelamkan mereka di laut disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka adalah orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami itu." [7:136]Dan taubat Firaun ketika nyawanya dihujung halqum pastinya tidak berguna lagi, terutama selepas kezalimannya yang terdahsyat dalam sejarah manusia.
حَتَّى إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لا إِلِـهَ إِلاَّ الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَاْ مِنَ الْمُسْلِمِينَ * آلآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ
"..hingga bila Firaun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (Muslim)". Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan." [10:90-91]
"..Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Firaun dan kaumnya dan apa yang telah dibangunkan mereka." [7:137]Maka lenyaplah kerajaan Firaun yang zalim lagi melampaui batas ini sepanjang zaman. Ia tidak mengambil pengajaran dari mu'jizat-mu'jizat yang disaksikan dan dirasainya sendiri. Ia tidak mengambil pengajaran dari kekuasaan Allah yang bahkan dipamerkan secara eksklusif kepada mereka; istimewa, yang hanya diberitakan secara kalam kepada generasi-generasi berikutnya. Malang sekali Firaun dan pengikut-pengikutnya yang tetap kafir dan zalim.Hari Asyura sungguh layak diraikan dan disyukuri. Hari Asyura menjadi hari kemenangan umat Musa ke atas Firaun yang dihancurkan dengan sistematik. Ia merupakan peristiwa besar yang menjadi simbol kepada harapan, kesabaran dan tawakkal kepada Allah dalam menghadapi Taghut yang kufur dan keterlaluan. Padanya, ada mukjizat yang memenangkan agama Allah dan orang-orang beriman serta menghancurkan sistem Jahiliyyah yang zalim dan tak berperi-kemanusiaan.
Ya, inilah sunnah yang menimpa golongan-golongan taghut dan zalim sepanjang zaman, dari mana-mana generasi, dari mana-mana bangsa. Siapakah agaknya "Fir'aun" pada hari ini? Yang sombong, angkuh, dan perasan ia berkuasa mutlak. Menidakkan dakwah Islam dan berusaha keras untuk melenyapkannya. Bersiap-sedialah "Fir'aun", kerana tanda-tanda kejatuhan anda semakin jelas.
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لِّمَن يَخْشَى
"Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang takut (kepada Tuhannya)." [79:26]
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.
Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya."Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut. Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa.. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah."Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu."Sudi," jawab Nusaibah ringkas."Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.
"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu."Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu."Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Syazni.
Malaysia ialah sebuah negara yang menggunakan corak politik Sistem Demokrasi Berparlimen dengan diketuai Raja Berperlembagaan. Oleh itu, ketua tertinggi negara Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang merupakan sultan dari 9 buah negeri di Malaysia menerusi sistem pergiliran. Selain sebagai Ketua Negara, Agong juga merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera di-Raja Malaysia.
Malaysia mengamalkan corak pemerintahan barat kerana hasil dari pemerintahan British pada masa dahulu. Ahli kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia memegang kuasa eksekutif. Menurut Perlembagaan Malaysia, seorang Perdana Menteri mestilah merupakan anggota Dewan Rakyat setelah mendapat restu dari Yang di-Petuan Agong. Sementara itu, kabinet adalah Ahli Parlimen yang dipilh dari Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
Di Malaysia terdapat Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dalam Dewan Negara, seramai 70 orang ahli akan dipilih untuk berkhidmat selama 3 tahun. Ianya dipilih menerusi dua bahagian iaitu seramai 26 orang ahli dipilih dari Dewan Undangan Negeri menerusi 13 buah negeri di Malaysia dan selebihnya dipilih oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat dari Perdana Menteri Malaysia. Ianya juga termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu ahli dari Wliayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya masing – masing.
Bagi Dewan Rakyat pula, terdapat sebanyak 222 ahli yang mewakili setiap kawasan pilihanraya. Ahli – ahli Dewan Rakyat dipilih menerusi proses pilihanraya yang ditentukan oleh rakyat sendiri. Tempoh jawatan yang dipegang oleh Ahli Dewan Rakyat adalah selama 5 tahun dan proses pilihanraya yang baru akan dijalankan bagi memilih Ahli Dewan rakyat untuk mewakili kawasan terbabit.
Kuasa perundangan pula adalah atas kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Perlembagaan Malaysia merupakan undang – undang yang tertinggi dan hanya sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat mampu mengubah Perlembagaan Malaysia. Manakala undang – undang Syariah pula adalah undang – undang yang dikenakan ke atas rakyat beragama Islam dan ianya tertakluk dibawah penguasaan negeri masing – masing iaitu Sultan. Bagi negeri yang tidak mempunyai Sulaan pula, ianya dikawal oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
Suasana politik Malaysia
Barisan Nasional merupakan sebuah parti gabungan yang telah memegang tampuk kepimpinan negara sejak kemerdekaan Malaysia. Terdapat 14 parti komponen Barisan Nasional dan 3 parti utama ialah UMNO, MCA dan MIC. Ketua pemimpin bagi Barisan Nasional adalah berasal dari pemimpin UMNO. Beliau akan secara mutlak menjadi Perdana Menetri Malaysia.
Satu pergolakan politik telah berlaku di Malaysia pada tahun 1998 di mana ketika itu Malaysia mengahdapi krisis ekonomi yang teruk. Pada masa itu, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir telah memecat Anwar yang merupakan Timbalan Perdana Menteri atas beberapa tuduhan yang didakwanya. Namun Anwar menyatakan bahawa pemecatan beliau adalah kerana pandangan politik yang berbeza antara mereka.
Keadaan ini menyebabkan tercetusnya beberapa tunjuk perasaan dan mendesak diadakan reformasi pada pilihanraya Malaysia. Selain itu, Anwar turut dikatakan ditumbuk oleh Ketua Polis Negara pada masa itu semasa beliau ditahan oleh pihak polis kerana sikapnya yang kurang sopan. Akhirnya pada tahun 1999, beliau telah didapati bersalah atas tuduhan korupsi dan dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun.
Pilihanraya 1999 menyaksikan Barisan Nasional masih menguasai tiga perempat dari kerusi Parlimen namun kerusi UMNO telah jatuh dari 94 kepada hanya 72 kerusi. Sementara itu, barisan pembangkang yang diketuai PAS telah memenangi 42 kerusi dan kekal mengwal negeri Kelantan disamping berjaya menawan Terengganu.
Pada tahun 2003, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggantikan Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia selepas persaraan Mahathir. Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah dilihat lebih berlemah lembut dan bertolak ansur berbanding dengan Mahathir yang lebih tegas dan berani. Pak Lah juga kurang melibatkan diri dalam dasar luar negara tidak seperti yang dilakukan Mahathir yang berani mengkritik pemerintahan Amerika dan Australia.
Pilihanraya Umum 2004 pula menyaksikan Barisan Nasional menang besar dengan 92% kerusi Parlimen milik mereka. Kejayaan itu juga ditambah dengan negeri Terengganu yang jatuh ditangan PAS telah dirampas semula.
Namun keputusan Pilihanraya Umum 2008 mengejutkan semua pihak dimana Barisan Nasional gagal mempertahankan majoriti dua pertiga yang diperolehi sebelum ini semenjak penubuhan negara Malaysia. Barisan pembangkang yang menggelar diri mereka sebagai Pakatan Rakyat telah ditubuhkan tidak lama selepas pilihanraya itu yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Gabungan mereka ini telah berjaya menawan Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor disamping mengekalkan penguasaan di Kelantan. Sementara itu, kubu kuat Barisan Nasional di Johor, Sabah dan Sarawak gagal meneruskan tradisi 100% yang diraih selama ini.
Assalamualaikum w.b.t kepada tuan pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang memegang tampuk keadilan, saudari penjaga masa yang sentiasa tepat pada waktunya, rakan seperjuangan, guru-guru serta siding hadirin sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk PENDIDIKAN BERTERUSAN MENJAMIN INSAN CEMERLANG.
Sebelum saya mengutarakankan komponen saya dengan lebih lanjut, izinkan saya untuk mendefinisikan tajuk syarahan pada hari ini. Pendidikan bermaksud konsep pembelajaran dan pengajaran. Berterusan bermaksud berpanjangan manakala menjamin insan cemerlang ialah menjanjikan untuk menjadi manusia yang berguna. Jadi saya akan huraikan tajuk syarahan dengan lebih literal lagi.
Sidang hadirin yang dirahmati allah,
Hujah saya yang pertama di bawah konstituen frasa pendidikan berterusan dari sudut ibubapa dan institusi kekeluargaan. Umum mengetahui ibubapa adalah pencorak utama keperibadian anak-anak. Hal ini bertepatan degan sabda nabi Muhammad SAW maksudnya : anak-anak di ibaratkan sebagai kain putih dan ibubapalah yang bertanggungjawab dalam mencorakkannya. (Riwayat Al-Bukhari)
Di dalam konsep pendidikan ibubapa sangat penting dalam penerapan nilai-nilai murni. Sebagai contoh pendidikan tidak formal. Iaitu memberi salam apabila bertemu orang yang lebih tua dan adab-adab ketika makan. Ini penting apabila anak-anak berjauhan dengan ibubapa mereka dapat menjaga maruah sekaligus menjaga nama baik ibubapa. Selain itu ibubapa juga adalah pendidik utama kerohanian anak-anak bagi menjamin insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Ibubapa sepatutnya mengajar anak-anak bersolat, berpuasa, mengaji al-quran dan sebagainya seawal usia 6 tahun lagi. Hal ini supaya anak-anak tidak islam pada nama sahaja. Ilmu-ilmu akhirat penting kerana ini adalah amalan yang bakal di bawa apabila meninggal dunia kelak. Contohnya kejayaan ibubapa Nik Nor Madihah, pelajar cmerlang SPM 2008 yang Berjaya mendidik kesemua anaknya supaya menjadi insan yang cemerlang walaupun mereka tiada kelulusan tinggi.
Hujah saya yang kedua di bawah konstituen frasa pendidikan berterusan dari sudut sekolah. Di sekolah, anak-anak menghabiskan masa lebih kurang 10 jam sehari meliputi aktiviti kokurikulum mereka. Ini jelas dapat menjadikan insan yang cemerlang. Mereka di ajar ilmu-ilmu fardhu kifayah seperti ilmu hisab dan ilmu sains di mana dapat menjadikan umat islam pelopor bidang kimia dan sebagainya di mata dunia. Anak-anak juga diajar untuk menjadi pemimpin yang cemerlang apabila dewasa kelak. Ini jelas ditunjukkan melaluli aktiviti kokurkulum seperti unit beruniform, kelab dan persatuan mampu untuk meningkatkat tahap ketahanan fizikal dan emosi pelajar. Disekolah, pelajar juga terdedah 3 aspek pembelajaran iaitu jasmani, rohani dan emosi. Dari sudut jasmani pembelajaran formal yang diajar guru. Dari sudut rohani pula ialah bacaan al-quran seminggu sekali dan kelas moral kepada pelajar bukan islam. Akhirnya dari sudut emosi, terdapat lebih dari seorang kaunselor yang dapat membantu masalah pelajar. Sebagaimana firman allah/hadis nabi (….) pendidikan yang sempurna yang dipelajari disekolah mahupun institusi pengajiaan tinggi mampu untuk mejadikan seseorang pelajar sebagai insan cemerlang dari segi lahiriah dan rohaniah sekaligus menjadi aset pembangunan negara.
Sidang hadirin yang dirahmati allah sekalian,
Hujah saya yang ketiga di bawah konstituen frasa pendidikan berterusan dari sudut rakan sebaya. Sedari kecil kita sudah diajar untuk mencari rakan yang baik daripada ibubapa dan guru. Ini juga dikira sebagai pendidikan yang berterusan jika kita mngamalkannya. Rakan yang baik akan menjadi pengaruh yang baik. Kebanyakkan golongan remaja gemar untuk meluahkan perasaan mereka kepada rakan-rakan terlebih dahulu daipada ibubapa masing-masing. Jika rakan yang boleh dipercayai tidak mengapa. Justeru apabila menjadi seorang pendengar, Kita hendaklah memberikan nasihat yang baik dan mengajak untuk melakukan kebaikan. Sebagaimana firman allah/hadis nabi (….). selain berperanan sebagai tempat meluahkan perasaaan kita juga boleh saling Bantu-membantu dalam peajaran antara satu sama lain. Yang berterusan disini adalah sikap saling Bantu-membantu yang akan sentiasa diingati.
Hujah saya yang keempat di bawah konstituen frasa pendidikan berterusan dari sudut masyarakat. Pendidikan berterusan masyarakat sangat penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak di dalam kehidupan bermasyarakat. Hal ini dapt diambil daripada pengajaran dan tauladan seperti kisah masyarakat sekeliling. Bukan niat untuk menjaga tepi kain orang tetapi dizaman global ini sikap menjaga tepi kain orang perlu sedikit diamalkan supaya kita tidak terikut-ikut kearah maksiat yang semakin berleluasa. Melalui program sayangi jiran anda, institusi kejiranan patut menegur setiap tindak-tanduk anak jiran mereka yang kurang menyenangkan dan ibubapa perlulah menerimanya secara terbuka agar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan secara aman. Selain itu melalui cerita-cerita kejayaan tokoh ternama tempatan yang Berjaya. Contohnya Anugerah Ibu Mithali 2007 yang disandang oleh Puan Esah. Walaupun tidak berpelajaran tinggi tetapi kesemua anak-anaknya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Sebagaimana firman allah/hadis nabi (….).
Sidang hadirin yang dirahmati allah sekalian,
Hujah saya yang kelima di bawah konstituen frasa pendidikan berterusan dari sudut media massa. Media massa berperanan penting dalam penyebaran ilmu kepada penonton. Antaranya pembelajaran melalui televisyen dan diajar secara langsung. Contoh yang boleh diambil ialah rancangan al-kuliyyah, mari pengaji dan sebagainya. Sebagaimana firman allah/hadis nabi (….). rancangan-rancangan ini sentiasa menyeru masyarakat kearah kebaikan. Justeru setiap intipati yang dipaparkan hendaklah dihayati dan difahami.
Hujah saya yang keenam di bawah konstituen frasa pendidikan berterusan dari sudut kprihatinan kerajaan. Terdapat banyak pusat-pusat pengajian diseluuh Negara meliputi semua peringkat umur. Ini bertujuan supaya anak-anak dinegara ini mendapat pendidikan yang secukupnya. Hal ini kerana kerajaan mahu melihat generasi seterusnya lebih cemerlang dan lebih berteknologi dalam membangunkan Malaysia pada tahun-tahun akan datang. Kerajaan juga penting dalam memastikan keamanan Negara bagi membolehkan anak-anak belajar dengan selesa. Generasi muda berperanan penting kerana mereka adalah penampan terhadap gejala negatif seperti keruntuhan moral dan vandalisme Apabila persekitaran mereka kondusif maka anak-anak akan ada dahan tempat bergantung. Mereka akan dapat menilai antara intan dan kaca. Hal ini kerana apabila anak-anak ini terhindar daripada gejala-gejala negatif maka pendidikan berterusan dapat dijalankan dan insan cemerlang dapat dibentuk. Sebagaimana firman Allah Taala di dalam Surah Ali-Imran ayat 104 yang bermaksud “Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang sentiasa menyeru kearah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Dan merekalah orang-orang yang mendapat kejayaan..”
Konklusinya, setiap ahli masyarakat termasuk ibubapa, jiran, guru rakan waima pemimpin kerajaan hendaklah menjalankan tanggungjawab masing-masing kerana dengan adanya kekuatan fizikal dan spiritual yang tinggi maka konsep lahiriah dan rohaniah kearah pembentukan tamdun berwawasan dan rakyat berminda kelas pertama dapat dilahirkan dan insan cemerlang dari jasmani, rohani dan emosi dapat dilahirkan dan diharap dapat memacu pembangunan dan memimpin negara satu hari kelak.
Sekian, wassalamualaikum w.b.t
CINTA?
Apa itu cinta? Soalan yang sering bermain di fikiran aku. Kadang-kadang aku merasakan cinta itu itu cukup indah dan kadang-kadang aku merasakan cinta itu cukup menyakitkan. Apa pun aku rasakan tentang cinta, satu perasaan saja yang dapat aku katakan ketika bercinta iaitu bahagia.Demi Tuhan aku merasakan hidupku akan sunyi tanpa cinta kerana meskipun tiada siapa yang memiliki aku sebagai teman hidup, aku tetap mahukan cinta kerana aku yakin maksud cinta itu begitu luas untuk kita spesifikkan. Aku yakin bahawa satu hari nanti pengertian cinta yang sebenar akan aku rasakan. Bagi aku cinta itu luas dan sekiranya kita hanya memandang cinta hanya kepada satu aspek sahaja iaitu kekasih, kita akan tenggelam di lautan kasih asmara kerana cinta pasangan kekasih begitu indah dan mampu untuk menangani rasa cinta yang lain kerana kita dapat melihat, memegang dan melakukan apa sahaja atas nama cinta. Kadang-kadang aku rasa pelik kenapa ada pasangan yang sanggup melakukan seks terbuka hanya kerana untuk menunjukkan rasa cinta atau kasih sayang mereka terhadap kekasih mereka. Apapun yang berlaku, aku yakin mereka tidak kenal apa itu cinta. Cinta tidak akan mengundang kepada perkara tersebut sekiranya mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan tahu membezakan antara yang baik dan yang buruk. Masyarakat kita acap kali mengatakan bahawa cinta itu bahaya kerana mampu mengundang apa pun perkara termasuk maut. Bagi aku, cinta tidak melakukan apa-apa kerana cinta hanyalah satu perasaan yang wujud atas dasar kasih yang suci dan manusia yang telah mengubah dasar tersebut kepada dasar yang tidak bermoral seperti maksiat dan sebagainya. Manusia telah merosakkan kesucian cinta apabila mereka menconteng cinta dengan pergaulan yang terlalu bebas dan perkara-perkara haram yang lain. Manusia telah menggunakan cinta sebagai medium untuk memuaskan nafsu mereka dan kehendak mereka sesuka hati terutama “Playboy” atau “playgirl”. Merekalah pemusnah jalan cinta yang sebenar kerana mereka telah memusnahkan sejuta impian manusia yang lain untuk merasai kesucian cinta. Mereka telah membawa kepada satu perkara buruk tentang cinta. Bukan itu sahaja, ada juga manusia menggunakan cinta sebagai medium untuk mereka melakukan zina, bersuka ria dan pelbagai lagi. Mereka telah salah dalam mengolah perasaan cinta. Rumusnya, cinta bukanlah satu perasaan yang kejam atau mampu menukarkan perasaan kita kepada kenikmatan atau kepahitan pada bila-bila masa sahaja tetapi kita yang salah dalam mengolah perasaan tersebut. Jika kita mengolah definisi cinta dengan meletakkan rasa cinta itu atas landasan agama dan dibina dengan rasa ikhlas kerana Allah, aku yakin selepas ini pasti tidak akan berlaku lagi kes seperti sumbang mahram, anak-anak gadis lari mengikut teman lelaki mereka, gadis lari dari rumah mengikut rakyat asing dan sebagainya. Cinta merupakan perasaan yang lahir dari dalam hati mengikut naluri fitrah manusia yang diciptakan oleh Allah. Jika suci dan bersih hati kita, maka lahirlah sebuah perasaan cinta yang suci dan ikhlas. Kadang-kadang masyarakat kita dianggap terlalu kolot kerana tidak mengikut “trend” masyarakat global sekarang kerana mereka menganggap cinta perlu disemai dengan “Dating” , “Dinner” dan sebagainya. Bukan kita kolot tetapi kita cuba untuk mengimbangkan pembangunan lahiriah dan rohaniah kita. Kita cuba untuk menerapkan batas-batas dalam pergaulan. Aku tidak menidakkan perkara tersebut dapat memberikan kita peluang untuk lebih mengenali pasangan kekasih kita tetapi apa salahnya kalau kita mengikut ajaran agama dalam apa pun yang kita lakukan. Jika mahu keluar bersama kekasih kita, pastikan kita atau si dia membawa orang yang muhrim seperti adik beradik untuk menemani kita. Kita juga perlu memaklumkan ahli-ahli keluarga yang lain dan pelbagai lagi cara yang boleh kita pelajari agar apa yang kita lakukan bersama kekasih kita tidak dianggap sebagai perbuatan maksiat. Sekarang aku kecilkan skop dengan memandang dalam diri aku sendiri. Aku akui aku pernah jatuh cinta dan pernah bercinta. Aku akui aku pernah hanyut dengan cinta apabila keluar bersama si dia tanpa mengikut ajaran agama tetapi kini aku sedar aku perlu perbaiki hidup aku dan sesuaikan diri aku dengan ajaran agama. Agama islam merupakan keutamaan aku sekarang dalam apa pun perkara yang aku lakukan kerana aku yakin dengan ajaran agama, aku mampu untuk berjaya apatah lagi ditambah dnegan pengurusan hidup yang baik semasa di dunia membuatkan aku rasa lebih gembira sekarang. Aku merasakan ketenangan yang suci dan aku merasakan kenikmatan dalam bercinta iaitu cinta pada yang Esa. Aku jujur mengatakan sesungguhnya hati ini sukar untuk melupakan si Dia dan perasaan yang pernah aku rasakan terhadap diri si Dia. Aku faham bagaimana sukarnya seseorang itu untuk melupakan tentang cinta kerana seperti yang aku katakana sebentar tadi, cinta lahir dari hati. Oleh itu sukar untuk seseorang itu untuk melupakan cinta kerana hati kita sentiasa berada dalam tubuh kita dan itu menunjukkan yang cinta itu sentiasa ada dalam hati kita. Walaubagaimanapun, aku hanya menyimpan perasaan itu sebagai kenangan aku dan si dia. Dia merupakan kenangan terindah dalam hidup aku kerana dia membuat aku bahagia ketika bersama dia. Dia membuat aku tergelak, menangis, merajuk dan macam-macam lagi. Tapi malang dia pergi tinggalkan aku tanpa apa-apa apabila Allah menarik nyawanya akibat kemalangan. Ketika itu aku rasakan hidup ini sudah tiada erti dan aku amat sedih kehilangan dia dari hidup aku kerana aku sayang dia dan aku sukar untuk menerima kepergian dia. Tetapi, aku sedar bahawa itu qada’ dan qadar yang Allah telah tetapkan. Aku terima jika itu keputusan Allah untuk membawa dia pergi dari hidup aku kerana aku sedar apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Kini aku sedar apa itu cinta sebenarnya dan kerana itulah aku mampu dan berani untuk menulis tentang cinta. Kita hanyalah manusia biasa yang tiada apa-apa kuasa tetapi perasaan merupakan sesuatu naluri yang sukar untuk kita dapat dan sukar untuk kita hilangkan. Dengan menggunakan perasaan yang kita ada seperti cinta, kita mampu untuk membahagiakan orang lain. Siapa tahu dengan perasaan cinta yang betul atas landasan agama akan memberikan sebuah kebahagiaan yang abadi? Insyaallah. Apapun yang terjadi, sebagai manusia kita tidak dapat menafikan bahawa cinta pernah datang menghiasi kehidupan kita kerana cinta cukup kuat untuk ditolak. Perasaan kita memberontak kerana menginginkan kasih sayang agar perasaan itu mekar menjadi sebuah kebahagiaan buat selama-lamanya. Cinta meneguhkan lumrah kehidupan manusia ssebagi ujin daripada Allah S.W.T dan kita harus menghadapinya demi kematangan hidup sebagai khalifah Allah di muka bumi yang cukup indah agar cinta terus berbunga di setiap sudut jiwa dan hati kita. Cinta perlu dipertahankan demi pendamping kepada keseronokan dan kebahagiaan manusia untuk terus hidup kerana cinta umpama pelangi yang menghiasai awan terang di siang hari. Namun, seterang manapun awan itu, pasti akan mendung kerana tidak semua ujian yang datang kita mampu hadapi. Tetapi, inilah yang dikatakan cinta. Cinta bukan tentang harta, wajah dan darjat tetapi cinta ialah tentang kesucian dalam perhubungan di bawah lembayung agama. Sekaya manapun seseorang itu, hati yang suci tetapi menjadi peneraju kebahagiaan. Sekacak atau secantik manapun seseorang itu, hati yang tulus dan ikhlas tetap menjadi teraju utama dalam kepercayaan. Setinggi manapun darjat seseorang itu, hati yang murni tetap bernilai untuk mencari kebahagiaan yang selama-lamanya. Oleh itu, kita sebagai manusia tidak dapat menafikan kewujudan cinta kerana Allah S.W.T sendiri inginkan kita untuk mencintainya dan makhluk-makhluk ciptaannya. Tuntasnya, fahamilah cinta,rasailah cinta dan genggamlah cintademi kemerduan dan keasyikan kehidupan yang sentiasa bertasbih kepada Allah S.W.T
KEIKHLASAN BERIBADAT PEMANGKIN JATI DIRI UMMAH
Assalammualaikum W.B.T dan selamat sejahtera kepada jemaah hakim yang adil lagi bijaksana, saudari/saudara penjaga masa yang sentiasa tepat dengan waktunya, rakan-rakan seperjuangan dan guru-guru serta hadirin dan hadirat sekalian yang dirahmati Allah S.W.T
Berdirinya saya disini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk
“Keikhlasan Beribadat Pemangkin Jati Diri Ummah”
Izinkan saya memulakan syarahan pada hari ini dengan pendefinisian tajuk.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
Keikhlasan Beribadat membawa maksud kesucian hati dan ketulusan hati melaksanakan suruhan agama.
Pemangkin bermaksud mempercepat sesuatu keadaan
Jati Diri Ummah membawa takrifan sifat atau ciri yang istimewa dari segi budaya,bahasa dan agama yang melambangkan keperibadian umat islam.
Secara keseluhuran, kesucian hati melaksanakan suruhan Allah S.W.T membawa kepada pembentukan keperibadian umat islam yang mulia. Saya akan mengolah maksud keikhlasan beribadat pada hari ini dengan mengatakan jika setiap perlaksanaan atau perlakuan yang kita lakukan ikhlas kerana Allah adalah dikira sebagai beribadat kepada Allah.
Hadirin Aspirasi Negara,
Hujah saya yang pertama datang menyinggah di bawah kata kunci keikhlasan beribadat pemangkin jati diri ummah dari segi budaya.
Menurut pandangan sarjana islam, Syed Naquib Al Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatatusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur. Dari kata-kata beliau sebentar tadi, dapat saya rumuskan keikhlasan dalam beribadat dapat meningkatkan kualiti ibadat ummah untuk mencipta tamadun yang mempunyai tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur kerana dengan kualiti yang terhasil daripada kesucian hati iaitu keikhlasan membawa kepada prinsip budaya yang suci iaitu “ Perlu Ikhlas Dalam Setiap Ibadat ”. Prinsip budaya ini akan menerap ke dalam jiwa masyarakat islam sekaligus setiap ibadat yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah S.W.T,akan mendapat keberkatan dari Allah.
Allah pernah berfirman dalam surah Ar-Rum ayat 39
Maksudnya: Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu mengharapkan keredhaan Allah,mereka itulah yang mendapat balasan berlipat ganda.
Hadirin Pasak Kegemilangan Ummah,
Premis saya yang kedua di bawah lembayung kata keikhlasan beribadat pemangkin jati diri ummah dari segi agama.
Sejarah telah menunjukkan pada Zaman Kegemilangan Islam iaitu pada zaman pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah dimana kerajaan ini telah membuktikan bagaimana keikhlasan beribadat dapat memangkin jati diri ummah sekaligus menyebabkan agama islam tersebar luas ke Eropah dan inilah kerajaan islam yang mampu bertahan selama 600 tahun. Satu kajian telah dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi dan mereka telah menemui sebuah buku yang ditulis oleh Sultan Mehmed II,salah seorang pemerintah kerajaan Turki Uthmaniyah yang terkenal dengan pengukuh empayar Uthmaniyah. Di dalam buku tersebut, beliau menulis “Kejayaan perluasan empayar Uthmaniyah ialah bergantung kepada pemerintah,rakyat dan askar-askar yang sentiasa berjuang dan beribadat kerana Allah S,W.T iaitu keikhlasan dalam beribadat”. Hal ini jelas menunjukkan keikhlasan beribadat mampu meningkatkan jati diri ummah yang mampu memberi kesan positif kepada agama iaitu agama islam. Allah S.W.T juga pernah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 112 yang berbunyi
__________________________________________________________________________________________________________________________
Maksudnya: Barangsiapa yang menyerahkan diri seluruhnya kepada Allah dan dia berbuat amal kebaikan, ia akan menerima pahalanya disisi Tuhannya, mereka tidak perlu khawatir dan tidak perlu bersedih.
Hadirin Tunjang Kejayaan Ummah,
Hujah saya yang ketiga datang dengan konstituen kata keikhlasan beribadat pemangkin jati diri ummah dari segi politik.
Sejarah sekali lagi membuktikan kehebatan keihklasan dalam beribadat apabila gaya pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W dalam setiap aspek pemerintahan yang sentiasa ikhlas beribadat kerana Allah berjaya mencipta sebuah tamadun Islam yang dikenali seantero dunia.Nabi Muhammad menjadikan Piagam madinah sebagai asas pemerintahan Negara melengkapi semua aspek iaitu politik,agama,sosial,perundangan,ekonomi,pertahanan dan kedudukan. Hal ini jelas membuktikan apabila keikhlasan itu ada,pemerintahan Negara akan berjalan dengan lancer kerana pasti tidak akan ada konspirasi dan diskriminasi yang akan menyebabkan politik wang dan sebagainya. Hal ini terbukti apabila Allah pernah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 272 yang berbunyi
____________________________________________________________
Maksudnya: Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan mencari keredhaan Allah.
Sebagai sokongan, pemerintahan Negara akan bertambah kukuh keana kestabilan politik mampu mengubah senario pertahanan Negara kerana para pemimpin yang telah mepunyai jiwa yang suci kerana Allah akan bersatu padu untuk menentang musuh tanpa ada tuduhan dan bangkangan dari mana-mana pihak.
Hadirin Pemangkin Kesejahteraan Ummah,
Komponen saya yang keempat di bawah kata kunci keikhlasan beribadat pemangkin jati diri ummah dari segi ekonomi.
Sejarah Kerajaan Bani Umaiyah menjadi bahan bukti saya yang keempat apabila pemerintah-pemerintah pada zaman tersebut ikhlas membina Baitulmal yang mewujudkan sistem kewangan untuk mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan Negara berhasil. Keikhlasan mereka ditunjukkan oleh Allah apabila Baitulmal telah menjadi pusat kebajikan yang paling berguna dan terkenal sehingga menjadikan Cordova sebagai pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa. Hal ini jelas menunjukkan ekonomi mampu kita baiki dengan menerapkan unsur-unsur keikhlasan kerana pastinya tidak akan berlaku penindasan dan sebarang kontrovesi. Bukan itu saja, unsure penipuan dan riba dalam sistem perniagaan juga akan terhapus. Allah pernah berfirman dalam surah Al-Araf ayat 29 yang berbunyi
_____________________________________________________________
Maksudnya: Dan hadapkanlah dirimu pada setiap waktu dan tempat solat dan berdoalah kepadanya dengan mengikhlaskan ibadah hanya kepadanya semata.
Hadirin Tunjang Perpaduan Ummah,
Hujah saya yang kelima datang berlalu dengan mengirim kata kunci keikhlasan beribadat pemangkin jati diri ummah dari segi pendidikan.
Sejarah pendidikan dunia menunjukkan hampir keseluhuran pendidikan yang dipelajari sekarang berasal dari ciptaan ilmuwan-ilmuwan islam. Keikhlasan mereka mencari ilmu kerana Allah telah menemukan mereka dengan ilmu-ilmu yang luar biasa seperti ilmu astronomi dan mantik. Anatara cendekiawan isam yang terkenal ialah Ibnu Sinar dan Ibnu al-Arabi yang terkenal dengan ilmu mantik dan falsafah. Mereka cukup terkenal sehingga ilmu mereka telah dicedok oleh cendekiawan-cendekiawan Barat.Hal ini jelas membuktikan kita mampu menguasai dunia dari segi pendidikan apabila adanya keikhlasan dalam setiap ibadat yang kita lakukan.
Bukan itu saja, pemikiran mereka yang luar biasa diilhamkan oleh Allah kerana keihklasan, ketulusan dan kesungguhan mereka mencari ilmu. Hal ini jelas membuktikan keikhlasan kita beribadat dari aspek pendidikan mampu mengangkat kedudukan umat islam ke tahap yang lebih tinggi kerana dengan ilmu saja,kita dapat menunjukkan umat islam sememangnya berilmu dan ada arah tuju dalam kehidupan iaitu sentiasa mencari ilmu yang berguna untuk di akhirat dan dunia. Allah pernah berfirman dalam surah
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Hadirin kunci ketamadunan ummah,
Komponen saya yang terakhir di bawah kata kunci keikhlasan beribadat pemangkin jati diri ummah dari segi Tamadun.
Bukti terakhir ialah pada zaman kegemilangan Empayar Uthmaniyah, kerajaan islam telah berjaya membina sebuah tamadun yang berjaya selaras dengan asas pembinaan tamadun iaitu dari segi lahiriah dan rohaniah. Dari segi lahiriah seperti pembinaan Masjid Sultan Ahmed ataupun lebih dikenali masjid biru di Istanbul dikenali ramai kerana kehalusan seni binanya. Dari segi rohaniah, masyarakat pada masa itu ikhlas menjalankan aktiviti kepada Allah S.W.T. Buktinya,kerajaan Turki Uthmaniyah kekal sehingga 600 tahun. Allah pernah berfirman di dalam surah Al-Haj ayat 37 yang berbunyi
__________________________________________________________________________________________________________________________
Keikhlasan kita melakukan ibadat kepada Allah mampu menyumbang kepada faktor yang lebih besar iaitu pembinaan tamadun yang berjaya dari segi lahiriah dan rohaniah.
Konklusinya, kesemua hujah saya pada hari ini melengkapi keseluhuran makna ibadat yang tidak terlalu terkongkong dengan ibadat dari segi solat dan puasa sahaja kerana saya berpegang teguh pada prinsip keikhlasan beribadat yang dikatakan dalam hadis Nabi yang diriwayatkan dalam sohih al Bukhari iaitu:
“apa pun jua perkara yang kita lakukan dan berniat untuk melakukan perkara tersebut ikhlas kerana Allah S.W.T , perkara tersebut akan tetap dikira sebagai beribadat kepada Allah.”
Sekian,Wabillahitaufikwalhidayah W.B.T