Malaysia ialah sebuah negara yang menggunakan corak politik Sistem Demokrasi Berparlimen dengan diketuai Raja Berperlembagaan. Oleh itu, ketua tertinggi negara Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang merupakan sultan dari 9 buah negeri di Malaysia menerusi sistem pergiliran. Selain sebagai Ketua Negara, Agong juga merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera di-Raja Malaysia.
Malaysia mengamalkan corak pemerintahan barat kerana hasil dari pemerintahan British pada masa dahulu. Ahli kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia memegang kuasa eksekutif. Menurut Perlembagaan Malaysia, seorang Perdana Menteri mestilah merupakan anggota Dewan Rakyat setelah mendapat restu dari Yang di-Petuan Agong. Sementara itu, kabinet adalah Ahli Parlimen yang dipilh dari Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
Di Malaysia terdapat Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dalam Dewan Negara, seramai 70 orang ahli akan dipilih untuk berkhidmat selama 3 tahun. Ianya dipilih menerusi dua bahagian iaitu seramai 26 orang ahli dipilih dari Dewan Undangan Negeri menerusi 13 buah negeri di Malaysia dan selebihnya dipilih oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat dari Perdana Menteri Malaysia. Ianya juga termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu ahli dari Wliayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya masing – masing.
Bagi Dewan Rakyat pula, terdapat sebanyak 222 ahli yang mewakili setiap kawasan pilihanraya. Ahli – ahli Dewan Rakyat dipilih menerusi proses pilihanraya yang ditentukan oleh rakyat sendiri. Tempoh jawatan yang dipegang oleh Ahli Dewan Rakyat adalah selama 5 tahun dan proses pilihanraya yang baru akan dijalankan bagi memilih Ahli Dewan rakyat untuk mewakili kawasan terbabit.
Kuasa perundangan pula adalah atas kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Perlembagaan Malaysia merupakan undang – undang yang tertinggi dan hanya sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat mampu mengubah Perlembagaan Malaysia. Manakala undang – undang Syariah pula adalah undang – undang yang dikenakan ke atas rakyat beragama Islam dan ianya tertakluk dibawah penguasaan negeri masing – masing iaitu Sultan. Bagi negeri yang tidak mempunyai Sulaan pula, ianya dikawal oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
Suasana politik Malaysia
Barisan Nasional merupakan sebuah parti gabungan yang telah memegang tampuk kepimpinan negara sejak kemerdekaan Malaysia. Terdapat 14 parti komponen Barisan Nasional dan 3 parti utama ialah UMNO, MCA dan MIC. Ketua pemimpin bagi Barisan Nasional adalah berasal dari pemimpin UMNO. Beliau akan secara mutlak menjadi Perdana Menetri Malaysia.
Satu pergolakan politik telah berlaku di Malaysia pada tahun 1998 di mana ketika itu Malaysia mengahdapi krisis ekonomi yang teruk. Pada masa itu, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir telah memecat Anwar yang merupakan Timbalan Perdana Menteri atas beberapa tuduhan yang didakwanya. Namun Anwar menyatakan bahawa pemecatan beliau adalah kerana pandangan politik yang berbeza antara mereka.
Keadaan ini menyebabkan tercetusnya beberapa tunjuk perasaan dan mendesak diadakan reformasi pada pilihanraya Malaysia. Selain itu, Anwar turut dikatakan ditumbuk oleh Ketua Polis Negara pada masa itu semasa beliau ditahan oleh pihak polis kerana sikapnya yang kurang sopan. Akhirnya pada tahun 1999, beliau telah didapati bersalah atas tuduhan korupsi dan dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun.
Pilihanraya 1999 menyaksikan Barisan Nasional masih menguasai tiga perempat dari kerusi Parlimen namun kerusi UMNO telah jatuh dari 94 kepada hanya 72 kerusi. Sementara itu, barisan pembangkang yang diketuai PAS telah memenangi 42 kerusi dan kekal mengwal negeri Kelantan disamping berjaya menawan Terengganu.
Pada tahun 2003, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggantikan Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia selepas persaraan Mahathir. Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah dilihat lebih berlemah lembut dan bertolak ansur berbanding dengan Mahathir yang lebih tegas dan berani. Pak Lah juga kurang melibatkan diri dalam dasar luar negara tidak seperti yang dilakukan Mahathir yang berani mengkritik pemerintahan Amerika dan Australia.
Pilihanraya Umum 2004 pula menyaksikan Barisan Nasional menang besar dengan 92% kerusi Parlimen milik mereka. Kejayaan itu juga ditambah dengan negeri Terengganu yang jatuh ditangan PAS telah dirampas semula.
Namun keputusan Pilihanraya Umum 2008 mengejutkan semua pihak dimana Barisan Nasional gagal mempertahankan majoriti dua pertiga yang diperolehi sebelum ini semenjak penubuhan negara Malaysia. Barisan pembangkang yang menggelar diri mereka sebagai Pakatan Rakyat telah ditubuhkan tidak lama selepas pilihanraya itu yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Gabungan mereka ini telah berjaya menawan Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor disamping mengekalkan penguasaan di Kelantan. Sementara itu, kubu kuat Barisan Nasional di Johor, Sabah dan Sarawak gagal meneruskan tradisi 100% yang diraih selama ini.



Leave a Reply