You’re special.. and so is everyone else!Allah SWT menciptakan manusia semuanya berlainan baik dari segi fizikal, rezeki, dan laluan hidup. Allah juga meletakkan keistimewaan tersendiri kepada setiap individu untuk ia exploitasikan untuk manfaatnya di dunia. Ada individu yang pandai bercakap, cepat pickup, banyak menghafal, pandai dalam multimedia, pandai dalam muzik, mahir dalam fotografi atau mempunyai skill2 tersendiri. Ada juga yang mempunyai karisma, mudah tersentuh dan cepat bertindak, muka hensem, rezeki murah (banyak duit), kuat tubuh badan dan macam-macam lagi keistimewaan kurniaan Tuhan yang pasti kita come across pada seseorang.
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاً Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan [17:70]Semua orang ada keistimewaan tersendiri. Ia juga mungkin istimewa disebabkan kombinasi beberapa kelebihan, contohnya pandai melukis dan berpidato, atau pandai business disamping multimedia, atau mahir dalam management disamping pandai bermuzik.You are very specialThere’s no one else like youCreated by the MasterAllah created youYou are very specialExclusively designed(Zain Bikha)Namun terkadang ada insan-insan yang terlepas pandang atau gagal atau sengaja tidak mahu menjejaki kelebihan yang Allah kurniakan padanya. Ia lebih selesa meniru kehidupan orang lain dan mengulang2inya sehingga ia mengabaikan keistimewaannya sendiri. Ada pula insan yang menyalahgunakan kelebihan-kelebihannya untuk kepentingan nafsunya.Pada saya, kegagalan kita mengesan & mengexploitasi kelebihan kita adalah satu tanda kelalaian dan tanda tidak bersyukur. Ia seolah-olah tidak endah akan kurniaan Allah ke atasnya. Allah SWT tidak menciptakan sesuatu dengan main-main atau sia-sia.
أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَMaka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? [23:115]. Orang yang menyalahgunakan kelebihannya pula adalah orang yang zalim pada definasinya. Ia zalim kepada Allah dan dirinya sendiri. Ia terlupa yang ia akan dipersoalkan bagaimana ia menggunakan nikmat kelebihan yang diberikan Allah. Ia terlupa yang ia akan dipersoalkan kelak bagaimana ia menggunakan nikmat kelebihan yang diberikan Allah.Jadi apakah kelebihan anda? Sejauh mana anda telah gunakannya? Ke mana anda telah menyalurkannya? Tujuan dikurniakan keistimewaan anda sudah pasti tidak lari dari tujuan penciptaan anda.
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِDan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu. (51:56)Maka bagaimanakah anda telah menggunakan kelebihan anda setakat ini? Adakah anda telah menggunakannya untuk mengabdikan diri kepada Allah atau sebaliknya? Adakah anda telah menggunakannya untuk membantu Islam atau menentangnya? Berapa banyakkah kita telah menyumbang kepada Islam? Apakah yang anda akan jawab kelak ketika Allah SWT mempersoalkan nikmatNya kepada anda? Ukurlah umur kita dan ukurlah berapa percent tenaga kita telah didedikasikan kepada Allah. Ke mana berakhirnya potensi ini kalau ia tidak didasarkan dengan iman? ..a struggle we can’t winIf we have no faith to begin(Dawud Wharnsby Ali)Tanda bersyukur yang sebenar adalah apabila anda kembalikan kurniaan ini kepada Allah dengan menggunakan kelebihan tersebut untukNya. Bahkan ketika itu, dunia akan memperoleh manfaat dari anda. Jangan biarkan keistimewaan anda terpelosok jauh di satu sudut dalam diri anda sehingga tiada siapa dapat merasa kebaikannya. Ayuh pembaca. Sedarlah, kita ada potensi dalam diri kita. Bukan sekadar untuk mengharung umur kita yang tak panjang mana, tapi untuk kita panjangkan umur kita dalam sejarah peradaban manusia dan eksistensi Islam.
Para sahabat Nabi SAW adalah contoh hero-hero sebenar yang menjuruskan kemahiran masing-masing langsung kepada Islam. Melalui tangan-tangan & bakat-bakat mereka Allah angkatkan agama ini ke kemuncaknya, sedangkan sebelum memeluk IsIam mereka hanya merupakan kaum yang terpinggir dari sejarah. Perhatikanlah Umar, Bilal, Khalid, Amr bin Al-As, Talhah, Salman, Ali serta para sahabat lain radiallahu'anhum. Benarlah sabda Nabi SAW:
الناس معادن،خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا
Manusia itu ibarat logam, baiknya dia di masa jahiliyyah, baik juga dia di dalam islam, jika dia memahami (Sahih Bukhari)Ketahuilah, kalau kita tidak menyumbang, mudah saja bagi Allah untuk menggantikan kita dengan seseorang yang jauh lebih baik dari kita, bahkan Allah akan mengabaikan kita sebagaimana kita mengabaikan Allah. Rugilah kita!
إِلاَّ تَنفِرُواْ يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلاَ تَضُرُّوهُ شَيْئًا وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌJika kamu tidak berangkat, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Nya sedikit pun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. [9:39]Jadi, bagaimana anda ingin menyumbang kepada Islam? Iaitu dengan cara anda meletakkan risalah Allah disamping kelebihan anda. Anda mendokong keduanya bersama-sama ke mana sahaja anda pergi. Anda sekali-kali tidak memisahkan keduanya, kerana takut anda akan menyeleweng dalam kelebihan tersebut. Anda perlu pastikan kelebihan anda senantiasa dihalakan untuk kepentingan Islam.Bagaimana anda ingin menyumbang kepada Islam secara tersusun, berterusan serta bersama rakan-rakan lain yang sedar? Kerana itulah kita menubuhkan wadah seperti Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) agar sumbangan anda dapat disusun dan dikembangkan, bahkan diteruskan lagi sekiranya anda tiada kelak. PEMBINA mampu menjadi platform untuk anda mengetengahkan kelebihan anda dalam usaha kita bersama-sama memartabatkan Islam dan menyambung dakwah Ar-Rasul menggapai aspirasinya.Kepada mereka-mereka yang jelas tugas sebagai hamba Allah, tetapi tiada idea di mana ingin menyelitkan diri dalam amal Islami, mulakan dengan keistimewaan anda! Selami diri anda; anda pasti menemuinya. Seorang sahabat bertanya kepada saya, "How to be a hero?" Inilah jawapan saya yakni mengutarakan kehebatan anda untuk ummat sejagat. Bukankah begitu yang dilakukan hero-hero fictional? Bahkan, bukankah itu yang dilakukan para Anbiya' dan pengikut-pengikut mereka? Anda pasti akan menjadi hero yang sebenar!Kesimpulannnya, titik lonjakan anda adalah apabila anda mengenalpasti kelebihan anda dan memahami tujuannya dikurniakan kepada anda. Kemudian anda mengembangkannya dan memanfaatkannya untuk Islam. Ketahuilah, bahawa barangkali itulah dia tiket anda ke syurga dalam meraih redha Allah.Buktikan.. You’re SpecialApabila kita dilahirkanKita menangis dan dunia gembiraPenuhilah kehidupan dengan kebaikanSehingga apabila kita matiDunia menangis dan kita pula gembira



Leave a Reply