Aku rasa sesat…
Sesat dalam perasaan aku
Aku cuba cari pintu bahagia..
Tapi…


Mula-mula aku berjumpa tiang-tiang kemurungan
Katanya, aku akan alami kemurungan beberapa hari ini…
Aku ignore…
Aku teruskan perjalanan…


Aku berjumpa dinding kesedihan…
Dia halang aku…
Katanya, aku akan semakin sedih andai aku melepasinya…
Aku pecahkan dinding itu! Argh!! Sibuk kalian!
Tekanan kian membabi buta…
Aku terus menapak jua…


Aku berjumpa lantai kemarahan..
Katanya, jika aku rentasinya, marahku tidak ada kawalnya…
Aku menggenggam batu air mata, lalu lemparkan ke arahnya
Bertubi-tubi…
Ahhhh!! Kenapa dengan kamu?? Ini perasaan aku!!
Pecah terburai lantai…



Huhhhh…penat…
MANA PINTU BAHAGIA????!!

Tiba-tiba…
Kilauan cahaya terang menyerang pandanganku…
Aku menuju ke arahnya…

Rupanya itu kunci keluhuran…
Katanya, aku tak akan dapat cari pintu bahagia selagi aku tidak dapat atasi kemurungan, memberhentikan kesedihan dan mengawal marah kerana pada akhirnya, aku cuma berlakon untuk mencapai bahagia…


Aku tak jujur….
Aku memberontak…

Kunci itu hilang ….


Aku sesat..tidak tahu arah tuju lagi..
Sesat dalam perasaan….



Kuala Terengganu
1.35 am
29 November 2011



Leave a Reply