Kenapa perlu kita hidup
hanya kerana pegangan orang?
Kenapa perlu kita sengsara
hanya kerana pantang larang orang?
Kenapa perlu kita jatuh
hanya kerana cakap-cakap orang?
Sebab kita terlalu percaya,
orang-orang itu lebih bijak, cerdik, waras
sehingga kita lupa apa ada dalam hidup kita.
¶ SEDARLAH
Kalau ada diantara mereka yang dapat rasa
bagaimana lelah
bagaimana punah
setiap penjuru hati yang bersemadi,
baru mereka sedar
bahawa jiwa ini tak kan pernah tenang
andai ada secubit rasa
yang datang menjenguk
lalu mengejek.
Kau harus sedar.
Apa ada pada manusia itu?
Selain rupa dan tubuhnya.
Lalu dijual sesuka hati
tanpa segan silu
lupa pada norma dan akal seorang hamba Tuhan.
Lalu ketika di padang pasir,
penuh dengan hamba lain,
dia bertanya pada aku,
Dimana engkau waktu aku perlukan tangan?
Saksi Tuhan.
Hanya saksi tuhan mampu mencatat segalanya
baik atau jahat
semuanya direkod.
dan pada hari perhitungan nanti,
saksi-saksi tuhan ini
akan membentangkan keputusan keseluruhan.
menentukan sama ada syurga atau neraka.
namun, setelah hampir dua jam.
aku masih disitu.
menanti saksi tuhan mengira satu demi satu dosa lampau.
terlalu banyak.
Ada
orang kata, jangan letak impian terlalu tinggi sekiranya kita sendiri sedar
akan kemampuan dan kebolehan kita kerana kelak hanya hati kita yang akan
kecewa.
Tapi,
sekurang-kurangnya,
aku
pernah bermimpi bagaimana indah impian yang tinggi itu.
Ya,
indah.
Aku hanya seorang manusia
Yang tidak punya harapan
Tidak punya cita-cita
Tapi aku punya semangat
Yang percaya bahawa
Cinta tulus sentiasa ada.
Terus berlarilah.
Sejuk...
terbengkalai bangkai itu....
beku menjadi jeruk....
busuk bau merubah emosi.....
entah kenapa tiba-tiba mengeras....
tanpa sebarang suhu...
mungkin itu lumrahnya...
lumrah seekor bangkai....
Archives
Contact Form
Open Cbox