Berinteraksi dengan golongan belia, pemuda dan remaja hari ini*, saya dapati mindset dan model pemikiran mereka masih lagi mewarisi polar generasi sebelum mereka yang banyak dicorakkan oleh sistem penjajah yang baru meninggalkan negara. Ia masih lagi teguh berorientasikan kekayaan kebendaan, kepuasan nafsu, hiburan & pelampauan batas, individualistik dan pengabaian tanggungjawab sosial, dipenuhi kepalsuan bid’ah & khurafat, penolakan & pengendahan agama kecuali yang berunsur keraian & ritual mudah, dan rujukan serta sokongan mutlak kepada Yahudi & Kristian yang berpura2 betul. Pada generasi muda, semua ini seolah2 satu belenggu yang mengikat & menarik mereka ke arahnya, walaupun masih di peringkat angan-angan tapi ia telah menjadi satu-satunya jalan & matlamat yang ingin dituju. Pada pendapat saya, ia adalah warisan pendidikan. Walapun generasi merdeka kini sudah mula memasuki generasi ke-empat (anak2 kita), namun sekiranya pendidikan budaya, pemikiran dan matlamat golongan tersepit sengaja diturun-turunkan, maka semakin sukar nampaknya untuk berlaku anjakan paradigma dalam masyarakat sebagaimana dicanang-canangkan cendekiawan2 & pemimpin2 yang celik. Ahli-ahli motivasi, universiti-universiti, serta para pemimpin sering menyeru kepada anjakan paradigma. Mereka menyeru perubahan attitude & mentaliti. Daripada “saya tidak boleh”, kepada “bagaimana saya boleh..”; daripada “mengikut arus” kepada “mencipta arus”; daripada “duduk2 sahaja” kepada “mencermin2 diri”; daripada “reaktif” kepada “proaktif”. Mereka mungkin berjaya mengevolusikan sikap generasi baru, tapi mereka gagal mencipta satu wawasan dan matlamat baru. Akibatya, kesungguhan dan semangat baru generasi muda sekadar disalurkan ke arah matlamat yang lama. Ini tidak lain, selari dengan agenda musuh-musuh Islam dan penjajah yang inginkan agenda mereka terus didokong. Bahkan, persaingan hebat yang digambarkan dikalangan belia secara diam-diam telah menyebabkan belia terjebak dalam kegagalan meng-agendakan masa depan mereka. Pemuda hari ini ramai terperangkap dengan perasaan tidak sabar dalam menuju cita-cita dunia mereka. Akibatnya, halangan-halangan kecil sudah dianggap kegagalan, lalu berpalinglah mereka dari cita-cita asal, dan berputar-putarlah kehidupan mereka dalam trial & error dan sibuklah mereka di sana. Ada juga belia yang sanggup meninggalkan nilai-nilai asas insani (eg. kekeluargaan, moral, rezeki halal dari sumber halal) dalam menjamin financial security-nya. Semua gejala ini berlingkar-lingkar dalam pemuda-pemudi Muslim Malaysia, termasuk golongan terpelajar, walaupun ia dilihat sebagai kompetitif. Pada pandangan saya, dalam mengajak kepada anjakan paradigma, yang terutama yang perlu dipupuk adalah kesedaran matlamat hidupnya atau ultimate goal. Sebagaimana nasihat Steven Covey agar kita "begin with the end (goal) in mind" untuk setiap kerja, saya juga berpendapat bahawa perubahan pemikiran perlu bermula dengan orientasi halatuju yang betul. Matlamat hidup kita perlu diluruskan sebagaimana kehendak Allah [51:56, 2:30], bukan kehendak Al-Hawa. Inilah tunjang perubahan. Yang kedua barulah memperbaiki mentaliti standard kerja yang mesti progresif, improving, sistematik dan efficient. Sebenarnya, keutamaan pertama (matlamat hidup) ini masih tidak jelas dikalangan masyarakat terutama belia. Dengan sebab mengabaikan keutamaan pertama ini, anjakan paradigma dikalangan belia kita masih tidak sempurna, bahkan hasilnya amat bertentangan dengan apa yang diharapkan."Kegeringan hati dan penyakitnya adalah berkitar di atas dua punca, kerosakan Ilmu dan kerosakan Qasad (arah tuju)" ~Ibnu Qayyim~ Dalam mengubah paradigma, ia perlu mengetahui sebagai hamba Allah, adanya tanggungjawab penurunannya di bumi. Lantas semua kerjanya, neraca pemikirannya, perlu ke arah menunaikan tanggungjawab ini. Disamping itu, ia juga perlu mengenali yang benar dan yang batil. Ia juga harus menolak hawa nafsunya sekeras-kerasnya, kerana al-hawa tidak membawa kepada apa2 melainkan kehinaan. Kata al-hawa itu sendiri membawa maksud "ke bawah, menjunam"
وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَى Demi bintang ketika terbenam [53:1]. Jadi dalam mengejar ketinggian matlamat, ia harus mengenepikan apa yang membawanya turun kepada kerendahan. Oleh yang demikian, impian kita harus tinggi! Visi kita adalah Syurga dan Mardhatillah. Misi2 kita adalah amal2 yang membawa kita kepadaNya. Apakah amal2 itu? Ia adalah amal2 khalifah Allah [2:30] sebagaimana telah ditunjukkan oleh epitome kepada paradigma baru ini [33:21], dan penguasaan keduniaan termasuk juga sebahagian darinya, tapi bukan visi akhirnya. Dengan mengikuti jalan ini, kita kembali parallel dengan tujuan penciptaan kita. Inilah ketentuan hidup kita! Dunia ini palsu. Ia ibarat bayang-bayang. Benar, ia memberi teduh.. Namun, cukuplah ia dengan peranannya. Tapi apabila ia dikejar-kejar, ingatlah bagaimana kesudahan anjing yang memburu bayang2nya? Ya, ia lemas dalam bayang2nya sendiri. Dengan tuning semula agenda hidup para belia, maka inilah permulaan anjakan paradigma. Dari sini bermulalah perjalanan menggapai impian hakiki dengan sasaran-sasaran yang besar tapi real. Kemudian yang perlu dipastikan adalah cara kerjanya optima dengan tenaganya, dan motivasinya untuk beramal terus berkobar.Inilah belia Islam yang kita harapkan. Dunianya tidak akan sempit, judgmentnya tidak akan zalim, karakternya penuh kemuliaan, kekayaannya adalah rahmat kepada ummat. Produk hebat sebegini hanya akan lahir dengan perubahan pemikiran, dan perubahan yang pertama perlu dilakukan adalah matlamat hidup. Begitulah juga permulaan dakwah Rasulullah; baginda pada awalnya mengajak para sahabat mengenali Allah dan memahami peranan mereka di muka bumi. Dari situlah lahirnya generasi paling hebat yang pernah muncul dalam sejarah manusia. Maka apabila pemikiran generasi kini selari dengan pemikiran generasi agung zaman kedaulatan Islam, maka bermulalah perjalanan kembalinya raja-raja dunia yang dahulu memerintah (Khilafah Islam). ** Nota: *Penulisan ini adalah hasil pengamatan saya dari pergaulan saya dengan belia-belia di sekitar Malaysia, terutama golongan mahasiswa dan berkarier. Saya dapati mereka cukup bersemangat dalam bidang ceburan dan aktiviti masing-masing. Namun, sedihnya cita-cita yang mereka idamkan tidak lari dari sekadar kereta besar dan rumah mewah. Kisah-kisah hidup mereka sekadar berisi bola sepak, perempuan, music, video game (walaupun dah besar panjang), wayang, shopping, dan kerja/study. Bahkan, percaya dengan cara pelik2 utk dapat duit tanpa usaha. Sedihnya lagi, mereka seolah2 tiada kesedaran langsung terhadap kondisi umat Islam, mahupun pergelutan2 umat Islam di luar sempadan; tak suka solat jemaah, tak nak dengar tazkirah, tak kisah halal-haram, tak tau apa2 website Islam, tak kenal tokoh2 Islam, sokong Yahudi/US pulak, tidak nampak pun keinginan utk meningkatkan iman dan taqwa dan menonjolkan jatidiri Muslim. Sungguhpun begitu, saya nampak pendidikan yg mengajak mereka kpd kesungguhan bekerja dan perfection dalam kerja cukup berkesan, hanya salurannya entah ke mana.. Di sini saya nampak masalahnya adalah motif hidup yang sangat kabur. Saya yakin, jauh dilubuk hati mereka, pemuda hari ini masih lagi cenderung untuk kembali kepada Islam dan mampu memperjuangkannya dengan keazaman pemuda yang tinggi. [51:56] وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِDan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. [2:30] وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةًIngatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ""Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi"". [33:21] لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًاSesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.



Leave a Reply