KEIKHLASAN BERIBADAT PEMANGKIN JATI DIRI UMMAH
Assalammualaikum W.B.T dan selamat sejahtera kepada jemaah hakim yang adil lagi bijaksana, saudari/saudara penjaga masa yang sentiasa tepat dengan waktunya, rakan-rakan seperjuangan dan guru-guru serta hadirin dan hadirat sekalian yang dirahmati Allah S.W.T
Berdirinya saya disini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk
“Keikhlasan Beribadat Pemangkin Jati Diri Ummah”
Izinkan saya memulakan syarahan pada hari ini dengan pendefinisian tajuk.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
Keikhlasan Beribadat membawa maksud kesucian hati dan ketulusan hati melaksanakan suruhan agama.
Pemangkin bermaksud mempercepat sesuatu keadaan
Jati Diri Ummah membawa takrifan sifat atau ciri yang istimewa dari segi budaya,bahasa dan agama yang melambangkan keperibadian umat islam.
Secara keseluhuran, kesucian hati melaksanakan suruhan Allah S.W.T membawa kepada pembentukan keperibadian umat islam yang mulia. Saya akan mengolah maksud keikhlasan beribadat pada hari ini dengan mengatakan jika setiap perlaksanaan atau perlakuan yang kita lakukan ikhlas kerana Allah adalah dikira sebagai beribadat kepada Allah.
Hadirin Aspirasi Negara,
Hujah saya yang pertama datang menyinggah di bawah kata kunci keikhlasan beribadat pemangkin jati diri ummah dari segi budaya.
Menurut pandangan sarjana islam, Syed Naquib Al Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatatusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur. Dari kata-kata beliau sebentar tadi, dapat saya rumuskan keikhlasan dalam beribadat dapat meningkatkan kualiti ibadat ummah untuk mencipta tamadun yang mempunyai tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur kerana dengan kualiti yang terhasil daripada kesucian hati iaitu keikhlasan membawa kepada prinsip budaya yang suci iaitu “ Perlu Ikhlas Dalam Setiap Ibadat ”. Prinsip budaya ini akan menerap ke dalam jiwa masyarakat islam sekaligus setiap ibadat yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah S.W.T,akan mendapat keberkatan dari Allah.
Allah pernah berfirman dalam surah Ar-Rum ayat 39
Maksudnya: Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu mengharapkan keredhaan Allah,mereka itulah yang mendapat balasan berlipat ganda.
Hadirin Pasak Kegemilangan Ummah,
Premis saya yang kedua di bawah lembayung kata keikhlasan beribadat pemangkin jati diri ummah dari segi agama.
Sejarah telah menunjukkan pada Zaman Kegemilangan Islam iaitu pada zaman pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah dimana kerajaan ini telah membuktikan bagaimana keikhlasan beribadat dapat memangkin jati diri ummah sekaligus menyebabkan agama islam tersebar luas ke Eropah dan inilah kerajaan islam yang mampu bertahan selama 600 tahun. Satu kajian telah dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi dan mereka telah menemui sebuah buku yang ditulis oleh Sultan Mehmed II,salah seorang pemerintah kerajaan Turki Uthmaniyah yang terkenal dengan pengukuh empayar Uthmaniyah. Di dalam buku tersebut, beliau menulis “Kejayaan perluasan empayar Uthmaniyah ialah bergantung kepada pemerintah,rakyat dan askar-askar yang sentiasa berjuang dan beribadat kerana Allah S,W.T iaitu keikhlasan dalam beribadat”. Hal ini jelas menunjukkan keikhlasan beribadat mampu meningkatkan jati diri ummah yang mampu memberi kesan positif kepada agama iaitu agama islam. Allah S.W.T juga pernah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 112 yang berbunyi
__________________________________________________________________________________________________________________________
Maksudnya: Barangsiapa yang menyerahkan diri seluruhnya kepada Allah dan dia berbuat amal kebaikan, ia akan menerima pahalanya disisi Tuhannya, mereka tidak perlu khawatir dan tidak perlu bersedih.
Hadirin Tunjang Kejayaan Ummah,
Hujah saya yang ketiga datang dengan konstituen kata keikhlasan beribadat pemangkin jati diri ummah dari segi politik.
Sejarah sekali lagi membuktikan kehebatan keihklasan dalam beribadat apabila gaya pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W dalam setiap aspek pemerintahan yang sentiasa ikhlas beribadat kerana Allah berjaya mencipta sebuah tamadun Islam yang dikenali seantero dunia.Nabi Muhammad menjadikan Piagam madinah sebagai asas pemerintahan Negara melengkapi semua aspek iaitu politik,agama,sosial,perundangan,ekonomi,pertahanan dan kedudukan. Hal ini jelas membuktikan apabila keikhlasan itu ada,pemerintahan Negara akan berjalan dengan lancer kerana pasti tidak akan ada konspirasi dan diskriminasi yang akan menyebabkan politik wang dan sebagainya. Hal ini terbukti apabila Allah pernah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 272 yang berbunyi
____________________________________________________________
Maksudnya: Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan mencari keredhaan Allah.
Sebagai sokongan, pemerintahan Negara akan bertambah kukuh keana kestabilan politik mampu mengubah senario pertahanan Negara kerana para pemimpin yang telah mepunyai jiwa yang suci kerana Allah akan bersatu padu untuk menentang musuh tanpa ada tuduhan dan bangkangan dari mana-mana pihak.
Hadirin Pemangkin Kesejahteraan Ummah,
Komponen saya yang keempat di bawah kata kunci keikhlasan beribadat pemangkin jati diri ummah dari segi ekonomi.
Sejarah Kerajaan Bani Umaiyah menjadi bahan bukti saya yang keempat apabila pemerintah-pemerintah pada zaman tersebut ikhlas membina Baitulmal yang mewujudkan sistem kewangan untuk mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan Negara berhasil. Keikhlasan mereka ditunjukkan oleh Allah apabila Baitulmal telah menjadi pusat kebajikan yang paling berguna dan terkenal sehingga menjadikan Cordova sebagai pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa. Hal ini jelas menunjukkan ekonomi mampu kita baiki dengan menerapkan unsur-unsur keikhlasan kerana pastinya tidak akan berlaku penindasan dan sebarang kontrovesi. Bukan itu saja, unsure penipuan dan riba dalam sistem perniagaan juga akan terhapus. Allah pernah berfirman dalam surah Al-Araf ayat 29 yang berbunyi
_____________________________________________________________
Maksudnya: Dan hadapkanlah dirimu pada setiap waktu dan tempat solat dan berdoalah kepadanya dengan mengikhlaskan ibadah hanya kepadanya semata.
Hadirin Tunjang Perpaduan Ummah,
Hujah saya yang kelima datang berlalu dengan mengirim kata kunci keikhlasan beribadat pemangkin jati diri ummah dari segi pendidikan.
Sejarah pendidikan dunia menunjukkan hampir keseluhuran pendidikan yang dipelajari sekarang berasal dari ciptaan ilmuwan-ilmuwan islam. Keikhlasan mereka mencari ilmu kerana Allah telah menemukan mereka dengan ilmu-ilmu yang luar biasa seperti ilmu astronomi dan mantik. Anatara cendekiawan isam yang terkenal ialah Ibnu Sinar dan Ibnu al-Arabi yang terkenal dengan ilmu mantik dan falsafah. Mereka cukup terkenal sehingga ilmu mereka telah dicedok oleh cendekiawan-cendekiawan Barat.Hal ini jelas membuktikan kita mampu menguasai dunia dari segi pendidikan apabila adanya keikhlasan dalam setiap ibadat yang kita lakukan.
Bukan itu saja, pemikiran mereka yang luar biasa diilhamkan oleh Allah kerana keihklasan, ketulusan dan kesungguhan mereka mencari ilmu. Hal ini jelas membuktikan keikhlasan kita beribadat dari aspek pendidikan mampu mengangkat kedudukan umat islam ke tahap yang lebih tinggi kerana dengan ilmu saja,kita dapat menunjukkan umat islam sememangnya berilmu dan ada arah tuju dalam kehidupan iaitu sentiasa mencari ilmu yang berguna untuk di akhirat dan dunia. Allah pernah berfirman dalam surah
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Hadirin kunci ketamadunan ummah,
Komponen saya yang terakhir di bawah kata kunci keikhlasan beribadat pemangkin jati diri ummah dari segi Tamadun.
Bukti terakhir ialah pada zaman kegemilangan Empayar Uthmaniyah, kerajaan islam telah berjaya membina sebuah tamadun yang berjaya selaras dengan asas pembinaan tamadun iaitu dari segi lahiriah dan rohaniah. Dari segi lahiriah seperti pembinaan Masjid Sultan Ahmed ataupun lebih dikenali masjid biru di Istanbul dikenali ramai kerana kehalusan seni binanya. Dari segi rohaniah, masyarakat pada masa itu ikhlas menjalankan aktiviti kepada Allah S.W.T. Buktinya,kerajaan Turki Uthmaniyah kekal sehingga 600 tahun. Allah pernah berfirman di dalam surah Al-Haj ayat 37 yang berbunyi
__________________________________________________________________________________________________________________________
Keikhlasan kita melakukan ibadat kepada Allah mampu menyumbang kepada faktor yang lebih besar iaitu pembinaan tamadun yang berjaya dari segi lahiriah dan rohaniah.
Konklusinya, kesemua hujah saya pada hari ini melengkapi keseluhuran makna ibadat yang tidak terlalu terkongkong dengan ibadat dari segi solat dan puasa sahaja kerana saya berpegang teguh pada prinsip keikhlasan beribadat yang dikatakan dalam hadis Nabi yang diriwayatkan dalam sohih al Bukhari iaitu:
“apa pun jua perkara yang kita lakukan dan berniat untuk melakukan perkara tersebut ikhlas kerana Allah S.W.T , perkara tersebut akan tetap dikira sebagai beribadat kepada Allah.”
Sekian,Wabillahitaufikwalhidayah W.B.T
Archives
Contact Form
Open Cbox