INTEGRASI NASIONAL TUNJANG KECEMERLANGAN NEGARA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM KEGEMILANGAN KEPADA BARISAN PANEL HAKIM YANG ADIL LAGI BIJAKSANA,SAUDARI PENJAGA MASA YANG SENTIASA TEPAT DENGAN WAKTUNYA,RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN,GURU-GURU DAN HADIRIN SEKALIAN.

BERDIRINYA SAYA DISINI UNTUK MENGUPAS TAJUK PIDATO SAYA YANG CUKUP MUDAH DICADANG,CUKUP PANAS DIPINCANG IAITU INTEGRASI NASIONAL TUNJANG KECEMERLANGAN NEGARA.

IZIN MEMULAKAN PIDATO SAYA PADA HARI INI DENGAN MENDEFINISIKAN TAJUK PIDATO SAYA PADA HARI INI.

MENURUT KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT,

‘INTEGRASI’ BERMAKSUD PERPADUAN ATAU PENGGABUNGAN BEBERAPA KAUM MENJADI SATU PENYATUAN ATAU KENYATUAN.

‘NASIONAL’ BERMAKSUD YANG BERKAIT RAPAT DENGAN BANGSA DAN KEBANGSAAN.

‘TUNJANG’ MEMBAWA ERTI AKAR YANG TUMBUH LURUS KE DALAM TANAH.

‘KECEMERLANGAN’ MEMBAWA MAKSUD KEELOKKAN,KEINDAHAN DAN KEGEMILANGAN.

HADIRIN ASPIRASI NEGARA,

HUJAH SAYA YANG PERTAMA DATANG MENYINGGAH DI BAWAH KATA KUNCI INTEGRASI NASIONAL PENCETUS MINDA KELAS PERTAMA.

MENURUT TERAS DASAR PEMBANGUNAN MODAL INSAN NEGARA,PERPADUAN NASIONAL DIUTAMAKAN UNTUK MEMBANGUNKAN MASYARAKAT YANG MEMPUNYAI PERSPEKTIF DAN PROGRESIF YANG LEBIH JAUH DAN LEBIH EFEKTIF UNTUK MELAHIRKAN GENERASI MINDA KELAS PERTAMA.HAL INI JELAS MENUNJUKKAN BAHAWA DENGAN ADANYA INTEGRASI NASIONAL,MASYARAKAT DUNIA MAMPU MELIHAT DENGAN PERSPEKTIF YANG LEBIH JAUH DAN LEBIH PROGRESIF DALAM MENJALANKAN SESUTAU PEKERJAAN DENGAN LEBIH EFEKTIF.INTEGRASI NASIONAL MAMPU MEBUKA MINDA MASYARAKAT GLOBAL UNTUK LEBIH TERBUKA DAN LEBIH MEMAHAMI DARI ASPEK POLITIK,SOSIAL,EKONOMI DAN LAIN-LAIN LAGI.INTEGRASI NASIONAL JUGA MAMPU MENCIPTA PERSEKITARAN YANG LEBIH KONDUSIF DAN GAYA HIDUP YANG LEBIH BERORGANISASI KERANA MEREKA LEBIH MEMAHAMI DAN MAMPU MELETAKKAN DIRI MEREKA DI DALAM SITUASI YANG BERBEZA.PERDANA MENTERI JUGA BERSETUJU DENGAN HUJAH SAYA YANG PERTAMA DENGAN MENGATAKAN “MASYARAKAT BERMINDA KELAS PERTAMA ADALAH MASYARAKAT YANG MEMPUNYAI BUDAYA KERJA YANG CEMERLANG,BERINTEGRITI,BERINTEGRASI DAN MEMPUNYAI KEKUATAN MORAL” SEMASA MEMBENTANGKAN RMK-9 PADA 31 MAC 2006.

HADIRIN PEMANGKIN KECEMERLANGAN NEGARA,

HUJAH SAYA YANG KEDUA DI BAWAH LEMBAYUNG KATA INTEGRASI NASIONAL PENCETUS REFORMASI DAN REVOLUSI SESEBUAH NEGARA.

REFORMAI ADLAAH PERUBAHAN KECIL YANG MENGUBAH SISTEM SOSIAL MASYARAKAT DAN MERAPATKAN JURANG PERPADUAN ANTARA MASYARAKAT. HAL INI JELAS TERBUKTI APABILA JAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA KAUM DITUBUHKAN PADA TAHUN 1949 UNTUK MENCAPAI PERPADUAN KAUM. REFORMASI MEMBANTU UNTUK MERAPATKAN JURANG PERPADUAN TETAPI BUKAN MEMBERI KESAN SECARA HOLISTIK. WALAUBAGAIMANAPUN,REFORMASI MERUBAH DASAR NEGARA PADA AWALNYA KERANA DENGAN INTEGRASI NASIONAL,RAKYAT DAPAT MELAKUKAN SESUATU PEKERJAAN SECARA KOLEKTIF DAN LAHIRLAH SEMANGAT NASIONALISME. HAL INI MENUNJURUS KEPADA REVOLUSI YANG MEMBERI IMPAK SECARA HOLISTIK DIMANA INTEGRASI NASIONAL MEMBANTU RAKYAT UNTUK BERSATU DAN MELAKUKAN SESUATU UNTUK MENCAPAI TAKRIF INTEGRASI NASIONAL. SEKALIGUS, MENGEKALKAN KEHARMONIAN DAN KEAMANAN NEGARA. HAL INI KERANA SAIDINA ALI PERNAH MENGATAKAN “ NEGARA UMPAMA TAMAN YANG INDAH DAN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA TAMAN ITU ADALAH RAKYAT YANG BERSATU PADU ”.

HADIRIN INSPIRASI NEGARA,

HUJAH SAYA YANG KETIGA DATANG MENJENGAH DI BAWAH KATA KUNCI INTEGRASI NASIONAL MENCIPTA DAN MEMAJUKAN TAMADUN BERWAWASAN.

MENURUT PANDANGAN SARJANA ISLAM,SYED NAQUIB AL ATTAS, TAMADUN ADLAH PENCAPAIAN TAHAP TATASUSILA YANG TINGGIDAN KEBUDAYAAN YANG LUHUR.KESEMUA INI LAHIR DARIPADA INTEGRASI NASIONAL KERANA INTEGRASI NASIONAL MAMPU MENCIPTA PERSEKITARAN YANG KONDUSIF DAN GAYA YHIDUP[ YANG LEBIH SISTEMATIK. HAL INI MENYEBABKAN BUDAYA MUDAH DIBENTUK DAN MELAHIRKAN GENERASI YANG BERBUDAYA SELARAS DENGAN KATA-KATA SYED NAQIUB AL ATTAS. INTEGRASI NASIONAL MAMPU MEMAJUKAN TAMADUN KERANA PERPADUAN YANG TERCIPTA MAMPU MENGHASILKAN PELBAGAI KESAN YANG AKAN MENGUBAH DASAR-DASAR NEGARA KEPADA DASAR-DASAR YANG LEBIH MENYELURUH DAN BERSEPADU SETERUSNYA MEMAJUKAN TAMADUN SESEBUAH NEGARA. HAL INI JELAS TERBUKTI APABILA MOTTO KEMERDEKAAN YANG KE-51 MENGUTAMAKAN PERPADUAN IAITU PERPADUAN TERAS KEJAYAAN. MAKA, JIKA SESEBUAH NEGARA TIDAK MEMPUNYAI INTEGRASI NASIONAL,NEGARA TRSEBUT TIDAK BOLEH DIANGGAP SEBAGAI TAMADUN YANG BERWAWASAN KERANA TAMADUN YANG BERWAWASAN MEMERLUKAN INTEGRASI NASIONAL.

HADIRIN PEMAKMUR NEGARA,

HUJAH SAYA YANG KEEMPAT DI BAWAH TITIAN KATA KESAN-KESAN INTEGRASI NASIONAL MEMBANTU NEGARA MENGUASAI DUNIA.

KEHEBATAN SESEBUAH NEGARA YANG MEMPUNYAI MINDA KELAS PERTAMA MAMPU MENCETUS REVOLUSI DAN REFORMASI KEPADA SESEBUAH NEGARA DAN AKHIRNYA MAMPU MENCIPTA DAN MEMAJUKAN TAMADUN YANG BERWAWASAN, SUDAH PASTI MAMPU MENGUASAI DUNIA DARI SEGI EKONOMI,SOSIAL,POLITIK DAN SEBAGAINYA. HAL INI DISEBABKAN MEREKA MEMPUNYAI NILAI ESTETIKA YANG TINGGI DAN TERDIRI DARIPADA GOLONGAN INTELIGENSIA YANG MAMPU BERFIKIR DENGAN LEBIH SISTEMATIK. KESEMUA KESAN INI TERHASIL DARIPADA INTEGRASI NASIONAL YANG MELETAKKAN MEREKA DI KELAS YANG PERTAMA.SEBAGAI BUKTI KEPADA HUJAH SAYA YANG KEEMPAT, TUN DR. SERI MAHATHIR PERNAH MENGATAKAN “MANUSIA YANG BERTAMADUN ATAUPUN BERADA DI KELAS YANG PERTAMA MAMPU MENGUASAI DUNIA DENGAN SEKELIP MATA”.

HADIRIN TONGGAK KECEMERLANGAN NEGARA,

HUJAH SAYA YANG KELIMA DATANG BERLALU DENGAN MENGIRIM KATA KUNCI PENYEMAIAN INTEGRASI NASIONAL.

MASYARAKAT,AMNYA DAN KERAJAAN,KHUSUSNYA HENDAKLAH MEMASTIKAN MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MENYEMAI SIFAT PERPADUAN KHUSUSNYA PADA GENERASI MUDA. ANTARA CARA YANG BOLEH DIPRAKTIKKAN IALAH DENGAN MENGADAKAN KEMPEN DI SELURUH NEGARA. CONTOHNYA, “SAYANGI JIRAN ANDA” DAN “PERPADUAN TERSA KEJAYAAN” . HAL INI KERANA KERAJAAN SEBAGAI PEMERINTAH HENDAKLAH MEMERINTAH DARI AKAR UMBI BAGI MEREALISASIKAN TAKRIF PERPADUAN INI. MAKA, GENERASI MUDA YANG AKAN DATANG AKAN LEBIH BERBBUDAYA.PERANAN MASYARAKAT ITU SENDIRI HENDAKLAH SENTIASA MENGAMALKAN SEMANGAT BERSATU PADU BAK KATA PEPATAH, BERSATU TEGUH,BERCERAI KITA ROBOH. AKTIVITI GOTONG-ROYONG DAN ZIARAH MENZIARAHI MENYEBABKAN INTEGRASI ITU LAHIR SECARA SEMULA JADI. SETERUSNYA IALAH PERANAN MEDIA SAMA ADA MEDIA ELEKTRONIK MAHUPUN MEDIA CETAK PERLU MEMPROMOSIKANDAN MENERAPKAN LAGI NILAI-NILAI INTEGRASI DI DALAM SETIAP DRAMA,FILEM ATAUPUN IKLAN YANG DIPAPARKAN.

KONKLUSINYA, TANPA INTEGRASI NASIONAL,MAKA TIADAL LAHIRLAH RAKYAT BERMINDA KELAS PERTAMA,TIDAK BERLAKUKLAH REFORMASI DAN REVOLUSI KEPADA SESEBUIAH NEGARA,TIDAK WUJUDLAH TAMADUN YANG BERWAWASAN,TIDAK MAMPULAH RAKYAT NEGARA TERSEBUT BERDAYA SAING KERANA KESEMUA INI MEMERLUKAN INTEGRASI NASIONAL YANG MENJADI TUNJANG KECEMERLANGAN NEGARA.JUSTERU ITU,SETIAP PIHAK PERLULAH MENGGEMBLENG TENAGA BAGI MENCAPAI TAKRIF INTEGRASI NASIONAL DEMI KECEMERLANGAN SESEBUAH NEGARA.



Leave a Reply