Hari ini aku berasa cukup penat kerana pelbagai perkara aku lakukan dan malam ini aku berniat untuk melepaskan kepenatanku dengan berehat secukup-cukupnya tetapi malamku diganggu dengan bunyi bising. Ketika aku dan keluargaku hendak melelapkan mata, lagu-lagu berentak rock dan punk bergema dengan cukup kuat. Aku cukup hairan kerana pada waktu begini siapa lagi hendak mendengar lagu-lagu sebegitu. Aku memanjangkan leherku dengan menjenguk tingkap bilikku untuk mengesan dari mana arah bunyi itu datang dan mataku terus memanah ke rumah Along. Ibuku menyuruhku untuk terus membisu dan biarkan apa yang berlaku kerana tidak mahu masuk campur dalam hal orang lain tetapi hatiku terlalu geram ketika itu kerana aku terlalu penat dan waktu itulah waktu yang paling sesuai untuk aku berehat. Lantas aku membuka seibu langkah dengan mengetuk pintu rumahnya dan apabila saja pintu dibuka, seorang wanita memakai skirt pendek menyambutku. Hati aku terlalu goyah ketika itu melihat kaum hawa yang berpakaian seperti itu. Aku membutakan mataku dan memintanya memanggil along. Along menyuruhku untuk masuk ke dlaam rumahnya namun aku tidak mahu kernaa pa yang dapat aku lihat ketika itu ialah botol-botol arak disusun rapi di atas meja, wanita dan lelaki berpelukan sambil menyanyi. Along memarahi aku kerana aku tidak mahu masuk ke dalam rumahnya. Dia mencabar aku sekiranya memang betul aku tidak kolot dan tahu peraturan-peraturan agama,dia meminta aku untuk masuk. Dia juga mencabar aku sekiranya aku masuk ke dalam rumah itu dan berseronok bersama mereka, itulah perbuatan terkutuk yang terakhir akan dia lakukan. Aku sedar ketika itu aku perlu kuat dalam menangani godaaan syaitan. Lantas aku memintanya untuk senyap dan mengakhiri jamuan mahupun parti yang diadakan agar ditamatkan segera. Namun hati yang keras tidak akan mendengar kata-kata itu malah muzik yang dimainkan terus dikuatkan. Mereka terus tertawa kerana aku tidak melakukan cabaran tersebut dan mereka mengatakan aku kolot dan takut. Aku bersuara dengan mengatkaan aku disana bukan untuk menyertai mereka melakukan maksiat dan perbuatan terkutuk tetapi aku disana untuk meminta kedamaian agar semua orang dapat tidur dengan lena dan aku tidak menyahut cabaran bukan kerana aku takut atau kolot tetapi aku tidak mahu terlibat bersmaa-smaa yaitan yang bertopengkan manusia dan sekiranya mereka tidak mahu melakukan arahanku, hanya Allah saja yang menentukan balasan mereka diakhirat nanti. Along terus menutup pintu dalam keadaan marah. Aku pulang ke rumah dengan berzikir agar imanku tidak pernah goyah. Tiba saja di bilikku,aku terus baring dan menangis kerana aku rindukan Along dulu yang sentiasa memahami aku, menolong aku dan paling penting Along yang memahami Islam.



Leave a Reply