¶ SENYUMAN
¶ JAZZ AKU
Izinkan aku bernyanyi komposisi jazz
seharian ini
untuk aku merawat
apa yang dicakar oleh kau
kerna musik jazz itu dadah
untuk aku berkhayal
jauh hingga ke bukit tinggi kinabalu.
lalu jatuh jauh sambil ditiup angin.
dan terhempap merasakan padatnya komposisi ini.
Ahh.
¶ KELUAR
bila kau kata
kau takut jatuh cinta
sebab kau seorang yang setia.
sebenarnya kau pengecut.
kau kecut hadapi hidup ini.
hidup ini memang begini.
ditipu, dianiaya, diduakan.
Jangan takut. hadapi sendiri.
Ayuh keluar.
Tuhan pernah berkata,
jangan kita sedih atas perkara yang sia-sia
sesungguhnya perkara itu hanya melalaikan
tetapi Tuhan tahu
betapa remuk hati ini
tatkala kau permainkan setiap tulang rusuk aku.
dan Tuhan, bolehkah kau berikan aku penawarnya sekarang?
Tolong.
¶ MUSNAH
dan apabila kau berlaku curang,
aku tertanya,
dimana janji kau bahawa aku selalu di ingatan kau?
kau telah hancurkan apa yang aku harapkan.
¶ CARI
Aku tak pernah menilai apa yang ada pada kau
tetapi aku mencari
mana lemah
mana kurang
mana kosong
mana lesu
mana bisu
semua itu untuk aku penuhi dan lengkapi engkau.
Jujur, aku benar-benar sayang engkau.
dan apabila kau jatuhkan hati aku
Tuhan pernah bilang
Aku tidak mampu menjanjikan
bahawa satu hari nanti
aku akan bicarakan hati ini
tetapi aku berjanji satu perkara
bahawa hati ini
akan selalu menjaga dan menyayangi engkau.
meski kau tolak sementah-mentahnya.
Dan apabila cinta aku tidak dibalas,
engkau membawa aku ke ruang memori junjungan mulia Rasulullah s.a.w.
Terkenang bagaimana yang diceritakan di dalam sirah ketika baginda Muhammad s.a.w berada di penghujung nyawa. Kasih dan cinta baginda yang tidak terkira terhadap umatnya dibawa hingga ke hujung nyawa. "Ummatku, ummatku, ummatku" antara kalimah yang bermain dibibir baginda ketika sakaratul maut di depan mata. Ia begitu jelas menunjukkan kasih dan cinta baginda tersangat dalam kepada umatnya.
Sesungguhnya kita tidak sendirian.
Setiap daripada kamu itu adalah puisi buat aku
daripada selendang yang kau belitkan disebalik mahkota kau
sehingga sepatu yang kau kenakan disebalik jemari ayu
semuanya itu puisi aku.