apa guna menadah seluas lautan
jika akhirnya apa yang kau boleh rasa
hanya rasa masinnya.

pedih.



Dan apabila impian aku
untuk menjadi lebih dewasa mengenal hidup ini,
aku sebenarnya sedar
aku berdiri di tempat yang salah.



Ada satu tindakan kamu
Yang mana bila kamu buat sahaja,
Hati aku pecah bersepah
Minda aku kalut berserabut
Jiwa aku resah bertelaah

Segalanya terjadi,
Dengan hanya engkau senyum.


Barangkali, senyuman itu antara ciptaan Tuhan
yang terindah pernah aku jadi saksi. 



NAFSU

nafsu itu bukan hanya mendorong
tetapi memaksa

jangan main-main.



Izinkan aku bernyanyi komposisi jazz
seharian ini
untuk aku merawat
apa yang dicakar oleh kau

kerna musik jazz itu dadah
untuk aku berkhayal
jauh hingga ke bukit tinggi kinabalu.

lalu jatuh jauh sambil ditiup angin.
dan terhempap merasakan padatnya komposisi ini.

Ahh.



KELUAR

bila kau kata
kau takut jatuh cinta
sebab kau seorang yang setia.

sebenarnya kau pengecut.
kau kecut hadapi hidup ini.

hidup ini memang begini.
ditipu, dianiaya, diduakan.

Jangan takut. hadapi sendiri.
Ayuh keluar.



Tuhan pernah berkata,
jangan kita sedih atas perkara yang sia-sia
sesungguhnya perkara itu hanya melalaikan

tetapi Tuhan tahu
betapa remuk hati ini
tatkala kau permainkan setiap tulang rusuk aku.

dan Tuhan, bolehkah kau berikan aku penawarnya sekarang?
Tolong.